Khamis, 23 Februari 2012

Berita: Tanah Runtuh

Andaikan anda wartawan di sebuah syarikat akhbar. Anda telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di tempat anda. Tuliskan berita anda itu selengkapnya.

Tanah Runtuh Hampir Meragut Nyawa(Tajuk)
Oleh: Najwa Latif(Nama Penulis)

MERLIMAU(T), Khamis(M) – Sebuah rumah hampir ranap ditimbus tanah runtuh (A) di Bukit Serkam (T) pagi tadi(M). Walau bagaimanapun tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.00 pagi itu(M).

Ali bin Hassan (S)memberitahu bahawa ketika baru bangun untuk solat Subuh, beliau terasa seolah-olah rumahnya bergegar.(Bg)Dengan pantas beliau mengejutkan isteri dan membawa anak-anaknya(S) keluar dari rumah. Beberapa saat selepas itu, beliau melihat batu-batu besar dan tanah menggelonsor dari lereng bukit. Batu-batu dan tanah itu telah menimbus dan meranapkan bahagian dapur rumahnya(Bg).

Pada masa yang sama juga, tanah di lereng sebelah kanan jalan ke kawasan perumahan itu pula menggelonsor dan menimbun(Bg) di atas jalan ke Bemban(T). Tanah dan batu-batu yang menimbun itu telah menghalang lalu lintas di kawasan tersebut(Bg).
”Saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan anak-anak dan isteri dalam kejadian ini(Mg).Entahlah apa yang akan berlaku sekiranya saya terlewat sedikit untuk bangun bersolat Subuh pagi tadi,”kata Ali(S).

Sementara itu, pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Majlis Perbandaran Jasin(MPJ)(S) telah berjaya membersihkan jalan raya yang ditimbuni batu-batu dan tanah itu(Bg). Jalan tersebut sudah mula dibuka untuk lalu lintas(Bg) pada pukul 3.00 petang tadi(M).

Datuk Ghazalee Mohamad yang merupakan ADUN Kawasan Serkam berkata(S), beliau telah mengarahkan pihak JKR(S) untuk membina tembok batu di sekitar bukit di kawasan perumahan itu(Bg). Beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran dengan rumah mangsa kejadian(S) ini turut diarahkan berpindah buat sementara waktu(Bg). Hal ini demikian kerana kejadian tanah runtuh dijangka akan berlaku lagi, lebih-lebih lagi ketika musim hujan sekarang ini(Mg).

Pihak pemaju(S) turut disoal siasat untuk memberikan keterangan tentang punca kejadian tersebut(Bg). Pemaju itu telah diberi amaran dan sekiranya mereka didapati bersalah kerana tidak mementingkan keselamatan penduduk, mereka akan didenda dan dihadapkan ke mahkamah(Bg).

A = Kejadian
T = Tempat
M = Masa
S = Siapa
Mg = Mengapa
Bg = Bagaimana

Selasa, 21 Februari 2012

Gejala Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

Berita tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Isu ini telah hangat dibincangkan oleh orang ramai di kedai-kedai kopi sehinggalah di Parlimen.Walaupun pelbagai langkah telah diambil bagi membanterasnya, gejala ini tetap berlaku dan semakin membimbangkan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan faktor utama mengapa pelajar sekolah sering ponteng sekolah.Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.Oleh itu, anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang negatif kerana mengetahui pergerakan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa mereka.
Sebagai contoh, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sehingga lewat malam dan hanya bertemu dengan anak-anak mereka pada keesokan paginya sahaja.Jelaslah bahawa faktor kealpaan ibu bapa memberikan impak yang besar kepada peningkatan gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar.Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas.Tamsilnya, terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sudah tidak sesuai pada masa ini.Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Intihanya, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini.
Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memberikan komitmen bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang mapan, sudah tentu gejala negatif ini dapat kurangkan.Jelaslah bahawa gejala ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesan yang lebih buruk berlaku kepada generasi muda yang akan datang.

Isnin, 6 Februari 2012

Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini

PENGEMBANGAN ISI

A1)Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha
mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.

A2)Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dan memahami aktiviti serta tingkah laku anak-anak mereka.

A3)Dengan demikian,ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja.

A4)Tamsilnya,ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat
sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula menampakkan
unsur-unsur yang negatif.

A5)Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan
efektif, pembabitan remaja dalam aktiviti jenayah akan dapat dikurangkan.

Soalan:Kebelakangan ini terdapat banyak kes remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini berlaku?

PENGEMBANGAN ISI

(A1) Salah satu faktor penyebab remaja lari dari rumah adalah kerana
remaja tidak mendapat didikan agama yang mencukupi.

(A2) Hal ini kerana remaja tidak memikirkan kepentingan pendidikan
agama terhadap diri mereka.

(A3) Oleh yang demikian, kebanyakan remaja tidak mahu pergi
ke kuliah-kuliah agama kerana mereka merasakan majlis tersebut
kurang penting.

(A4) Sebagai contoh, mereka sanggup berbohong untuk mengelakkan
diri daripada menghadiri kuliah tersebut.

(A5) Sehubungan dengan itu remaja perlu diberi didikan agama yang
secukupnya agar tidak terpesong ke jalan yang salah bak kata pepatah
‘Ilmu pelita hati’.