Isnin, 16 Januari 2012

Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan ini.

Pendahuluan Jenis Definisi

(A1)Komputer dapat ditakrifkan sebagai alat elektronik yang dapat
menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia
apabila diperlukan.

(A2)Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya
syarikat gergasi seperti ‘Microsoft’ yang diasaskan oleh Bill Gates
yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih
seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia
telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka.

(A4)Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan
manusia kini menjadi semakin maju.

Rabu, 11 Januari 2012

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.

Pendahuluan Jenis Persoalan

(A1)Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan
keperibadian anak-anak.Adakah institusi keluarga ini telah
memainkan peranan masing-masing?

(A2)Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli
keluarga dalam mencorakkan sahsiah anak-anak?

(A3)Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa
dewasa ini.

(A4)Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak
yang merupakan aset terpenting bagi negara kita ini?

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.

Pendahuluan Jenis Definisi

(A1)Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakrifkan sebagai seisi
rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.

(A2)Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa
saudara dan ibu saudara yang juga memainkan peranan penting dalam
sesebuah keluarga.

(A3)Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat
membentuk akhlak mulia anak-anak.

(A4)Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli
keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.

Selasa, 3 Januari 2012

Salam 2012

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam 2012 kepada pengunjung setia blog ini. Kesibukan dalam menjalankan tugasan negara menyebabkan blog ini sepi buat seketika. Insya-Allah saya akan menceriakan kembali blog ini mulai bulan ini. Kepada yang telah membeli Modul Teknik Menjawab Kertas 2 PMR,komen membina daripada anda amat dihargai untuk tujuan memurnikan lagi modul tersebut.