Memaparkan catatan dengan label Catatan Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Peribadi. Papar semua catatan

Rabu, 31 Disember 2014


Semoga tahun 2015 menjadikan kita semua lebih baik daripada sebelumnya.

Ahad, 19 Januari 2014

Mukadimah 2014

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini kerana sibuk dengan urusan seharian. Tahun ini merupakan tahun bermulanya perubahan kepada sistem peperiksaan di negara kita. Sehingga kini format terkini pentaksiran pusat PMR yang akan diadakan pada bulan September masih tidak diketahui. Sebagai guru saya masih mengajar seperti biasa berpandukan format lama sehinggalah format baru diketahui. Walau bagaimanapun berdasarkan contoh yang diberi oleh KPM, soalan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Masa : 2 jam
A. Karangan Rangsangan (60 markah)
B. Komsas - subjektif (20 markah)
C. Tatabahasa - subjektif (20 markah)

Ahad, 6 Januari 2013

PMR yang terakhir...

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ini.
Tahun 2012 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan yang tidak akan berulang kembali. Semoga tahun 2013 pula akan menjadikan kita lebih baik dan berjaya daripada tahun sebelumnya. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Peperiksaan PMR diadakan. Selepas ini semuanya dikatakan akan berubah. Cikgu sendiri tidak berapa pasti selepas ini sama ada blog ini akan menjadi relevan atau tidak. Walau bagaimanapun cikgu akan cuba mengisi blog ini dengan maklumat-maklumat yang difikirkan sesuai dengan pendidikan semasa.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Calon-calon PMR 2012

Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan tiga di seluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar SMK Dang Anum . Pastikan anda semua sudah bersedia dan mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa dan juga guru-guru.Semoga berjaya.

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan 2012

Selamat berpuasa cikgu tujukan khas kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang beragama Islam. Semoga  kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada  Allah s.w.t. Amin.

Selasa, 3 Januari 2012

Salam 2012

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam 2012 kepada pengunjung setia blog ini. Kesibukan dalam menjalankan tugasan negara menyebabkan blog ini sepi buat seketika. Insya-Allah saya akan menceriakan kembali blog ini mulai bulan ini. Kepada yang telah membeli Modul Teknik Menjawab Kertas 2 PMR,komen membina daripada anda amat dihargai untuk tujuan memurnikan lagi modul tersebut.

Isnin, 3 Oktober 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011

Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan tiga di seluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar SMK Dang Anum .Semoga berjaya.

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 2011



Pada kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam khususnya kepada pelajar-pelajar dan warga kerja SMK Dang Anum dengan ucapan maaf zahir dan batin.

Isnin, 4 Oktober 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2010

Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar SMK Dang Anum 2010.Semoga berjaya.

Selasa, 7 September 2010

Salam Aidilfitri


Pada kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam khususnya kepada pelajar-pelajar dan warga kerja SMK Dang Anum dengan ucapan maaf zahir dan batin.

Isnin, 2 Ogos 2010

MODUL PMR

Cikgu ingin memohon maaf kepada pengunjung blog yang lewat menerima modul tersebut. Hal ini disebabkan permintaan yang agak menggalakkan menyebabkan cikgu terpaksa membanyakkan lagi salinannya.Insya-Allah cikgu akan mengeposkannya secepat yang mungkin. Terima kasih.

Sabtu, 19 Jun 2010

Selamat Hari Ulang Tahun yang Pertama

Hari ini genaplah setahun blog yang cikgu tulis ini. Terima kasih cikgu ucapkan kepada pelawat-pelawat blog ini dan juga mereka yang telah memberi sokongan dalam memberi idea yang bernas untuk dimasukkan dalam blog ini.Semoga sokongan anda akan berterusan.

Sabtu, 12 Jun 2010

Modul PMR

Salam buat semua pembaca blog ini. Cikgu mendapat beberapa pertanyaan untuk memiliki modul PMR yang telah cikgu siapkan awal tahun ini. Kepada yang berminat untuk memilikinya boleh menghantarkan alamat anda ke e-mel cikgu.(damaza06@yahoo.com.my)Cikgu akan mengeposkannya secepat mungkin.Bayaran hendaklah dibuat ke dalam akaun yang cikgu akan tuliskan dalam bungkusan itu nanti.

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Pada kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang berada di negara kita ini.Bekerjalah dengan ikhlas semoga kita mendapat ganjaran daripada-Nya di akhirat kelak.Cikgu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik cikgu khususnya guru-guru yang pernah mengajar di SK Merlimau 1(1974-1979)dan Sekolah Tinggi Melaka (1980-1986).Tidak juga cikgu lupakan pensyarah-pensyarah MPKI(1987-1989) dan Universiti Sains Malaysia (1995-2000).Jasamu tetap kukenang.

Khamis, 18 Februari 2010

Dalam Kenangan





Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka merupakan salah satu tempat yang memberikan banyak kenangan suka duka dalam kehidupan cikgu. Cikgu pernah bersekolah di sini antara tahun 1980 hingga 1986.Antara mereka yang pernah mengajar cikgu ialah Cikgu Hamir,Cikgu Teja Singh,Cikgu Yatim, Cikgu Jamilah,Cikgu Rejab,Cikgu Lim,Cikgu Low Cheng Kim dan lain-lain.Cikgu juga terlibat sama dengan mengutip derma untuk membina dewan sekolah ini.