Isnin, 4 Oktober 2010

CONTOH KARANGAN PENDAPAT(35)

Perpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut.

Di negara kita terdapat banyak perpustakaan yang telah dibina oleh pihak kerajaan untuk kegunaan penduduk di sesuatu kawasan petempatan. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adakah mereka telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Adakah penubuhannya telah mencapai objektif yang dihasratkan oleh pihak kerajaan? Umum semua mengetahui tentang kemerosotan bilangan pengunjung ke perpustakaan awam ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkannya semakin disisihkan oleh mereka?

Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain. Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta.Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber. Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka.

Di samping itu waktu pengoperasian yang terhad membataskan pengunjung untuk mengunjunginya. Hal ini demikian kerana perpustakaan awam ini dibuka pada sebelah siang sahaja.Justeru, sudah tentu mereka tidak berpeluang mengunjunginya disebabkan sedang sibuk bekerja. Sebagai contoh, perpustakaan awam dibuka bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada hari-hari biasa dan ditutup pada hujung minggu.Sudah tiba masanya perpustakaan awam ini dibuka mengikut masa yang lebih fleksibel bagi tujuan menarik lebih ramai pengunjung mengunjunginya.

Dalam pada itu faktor lokasi juga mempengaruhi pengunjung untuk berkunjung ke perpustakaan awam.Hal ini demikian kerana kebanyakan perpustakaan awam terletak di kawasan-kawasan bandar sahaja.Oleh itu, sukar bagi mereka yang tiada kenderaan atau pengangkutan untuk mengunjunginya.Tamsilnya,terdapat perpustakaan awam yang jauh dari jalan utama dan tiada pengangkutan awam yang lalu di sekitar kawasan tersebut.Lokasi sesebuah perpustakaan sememangnya menjadi faktor penarik kepada pengunjung untuk mengunjunginya.

Konklusinya,terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Pihak yang berkenaan sepatutnya sudah mula mempelbagaikan kemudahan yang dapat menarik pengunjung terutamanya dalam era langit terbuka ini. Dengan itu, dapat bersaing dengan lain-lain pusat maklumat yang menawarkan sumber yang lebih terbuka dan pantas. Sesungguhnya perpustakaan awam masih memainkan peranan utama dan tulang belakang negara dalam memberi maklumat kepada masyarakat di negara ini.

26 ulasan:

  1. salam
    sya ingin jadikan karangan ini karangan c0nt0h..
    sila izinkan yer..

    BalasPadam
  2. tlg izinkn yer...

    BalasPadam
  3. boleh saya copy, saya lmh dlm krngan

    BalasPadam
  4. saya nk copy cus saya meminati karangan itu

    BalasPadam
  5. thanks for this sample essay . GOOD .

    BalasPadam
  6. sy nak copy dan jadikan sebagai contoh... tolong izinkan

    BalasPadam
  7. tolong izinkan saya ya untuk mencopy karangan ini untuk menjadi contoh .. tolong izinkan ya ?

    BalasPadam
  8. um,hello .i'm nur shanisha.nisha they called me. can i copy this essay? i really need this essay to put it on my classroom. pretty please? :3 my teacher wants me to find an essay (bm) to put it on classroom . i really need this essay.i can't find any interesting essay yet. i mean,this essay is just the best that i can find. please :3 ur essay is the best! u rock! :D

    BalasPadam
  9. minta izin utk salin krgn ni sbgai krgn cntoh. please....

    BalasPadam
  10. nak copy bolehh..thanxx

    BalasPadam
  11. minta dikongsi bersama sahabat-sahabat lain.

    BalasPadam
  12. saya nak copy.. bleh bagi kebenaran...:D

    BalasPadam
  13. assalamualaikum...saya nak copy buat kerja,boleh tak?cikgu suruh cari

    BalasPadam
  14. anda islam ke?kalau islam tolong bagi saya copy...awak jugak dapat pahala kalau awak tolong orang

    BalasPadam
  15. saya ingin mem,inta izin menyalin karangan ini

    BalasPadam
  16. izinkan saya untuk copy karangan ini,terima kasih..

    BalasPadam
  17. bagus..tapi cam ne nk copy..katanyer kena ade kebenaran..cam ne nk mintak kebenaran

    BalasPadam
  18. izinkan saya copy..

    BalasPadam
  19. izinkan saya copy. terima kasih :)

    BalasPadam
  20. izinkan saya copy pliesss

    BalasPadam