Ahad, 2 Oktober 2011

Seni Pertahanan Diri

Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

Kebelakangan ini aktiviti seni pertahanan diri kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai. Antara aktiviti seni pertahanan diri yang popular ialah silat, tae kwan do, judo, karate-do dan sebagainya.Aktiviti ini juga disertai oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina.Terdapat pelbagai faedah sekiranya seseorang itu menceburi sukan lasak ini.

Antara faedah yang boleh diperoleh melalui kegiatan ini ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan berpeluh semasa melakukan pelbagai pergerakan dalam aktiviti ini.Lantaran itu, toksik-toksik dalam tubuh badan kita akan keluar bersama-sama peluh yang mengalir di tubuh kita. Sebagai contoh, pergerakan yang pantas dan tangkas akan menguatkan otot tubuh badan kita. Sememangnya aktiviti seperti ini menyumbang kepada kesihatan tubuh badan kita.

Selain itu, kita juga boleh mempertahankan diri daripada serangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kita telah diajar cara-cara untuk mengelakkan serangan dan menyelamatkan diri dalam seni pertahanan diri ini.Justeru, kita akan dapat bertindak dengan pantas sekiranya menghadapi saat-saat yang mencemaskan itu. Tamsilnya, sekiranya terdapat perogol yang ingin melakukan perbuatan keji itu kepada seseorang perempuan yang mempunyai kepakaran dalam seni pertahan diri, sudah tentu perogol tersebut akan teruk dibelasah oleh perempuan tersebut.Oleh itu, kepakaran dalam bidang ini sememangnya boleh menyelamatkan maruah seseorang dalam keadaan tertentu.

Di samping itu, kita juga boleh mewakili sekolah dalam pertandingan seni pertahanan diri. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah-sekolah yang menjadikan seni pertahanan diri sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah mereka. Oleh itu, pihak sekolah akan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di kawasan mereka hinggalah ke peringkat kebangsaan. Sebagai contoh seni pertahanan diri seperti silat dan tae kwan do telah dipertandingkan hingga ke peringkat dunia.Sesungguhnya,penglibatan dalam seni pertahanan diri telah memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mencipta nama dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.

Konklusinya, terdapat pelbagai faedah positif yang dapat dirasai sekiranya seseorang itu melibatkan diri dalam kegiatan ini.Oleh itu, kita janganlah membuang masa yang ada sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mempelajarinya agar kita mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi yang kritikal sebagaimana yang telah diajar dalam seni pertahanan diri ini.Sememangnya aktiviti ini menjadi wadah untuk kita meneruskan budaya yang kian pupus ditelan zaman seperti yang berlaku kepada seni silat tanah air kita.

47 ulasan:

  1. boleh buat untuk isiya....
    (terima kasih).

    BalasPadam
  2. Terima Kasih untuk Karangan tersebut !

    BalasPadam
  3. can i copy....please

    BalasPadam
  4. bolehkah saya menyalin karangan ini?

    BalasPadam
  5. can I copy for my pembentangan...............
    plz...

    BalasPadam
  6. Thank You so much! You saved my life!

    BalasPadam
  7. mcm mana nak buat x leh pun

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. karangan ni lebih power... daripada karangan YEE ZI YING BORING SANGAT????

    BalasPadam
  10. wah, krgn ini dpt m'bntu sya mngetahui ttg sni m'prthnkn dri.Lebih srnk jka dpt mngikuti mna2 aktvti sni m'prthnkn dri trsbt.



    BalasPadam
  11. Yeah!! mmg srnk m'bcanye....

    BalasPadam
  12. boleh saya menyalin karangan ini

    BalasPadam
  13. thank u for refer this....

    BalasPadam
  14. Boleh ambil bahan sebagai rujukan pelajar? Tq.

    BalasPadam
  15. can i copy????please

    BalasPadam
  16. can i copy plzzzzzzzzzzzzzzzzz

    BalasPadam
  17. copy je arh x yah tnye admin ponn takpee

    BalasPadam
  18. boleh saya copy sebab saya nak wat untuk pt3

    BalasPadam
  19. boleh tak saya copy untuk rujukan karangan 1000pp saya?

    BalasPadam
  20. boleh saya copy for my hw?

    BalasPadam
  21. Mohon copy ya,
    Terima kasih.

    BalasPadam
  22. i nak copy..plss
    thank you

    BalasPadam
  23. kalau nak cari pusat mempertahankan diri, boleh cari di sini: https://www.lookp.com/malaysia/martial-art

    BalasPadam