Selasa, 21 Februari 2012

Gejala Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

Berita tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Isu ini telah hangat dibincangkan oleh orang ramai di kedai-kedai kopi sehinggalah di Parlimen.Walaupun pelbagai langkah telah diambil bagi membanterasnya, gejala ini tetap berlaku dan semakin membimbangkan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan faktor utama mengapa pelajar sekolah sering ponteng sekolah.Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.Oleh itu, anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang negatif kerana mengetahui pergerakan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa mereka.
Sebagai contoh, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sehingga lewat malam dan hanya bertemu dengan anak-anak mereka pada keesokan paginya sahaja.Jelaslah bahawa faktor kealpaan ibu bapa memberikan impak yang besar kepada peningkatan gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar.Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas.Tamsilnya, terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sudah tidak sesuai pada masa ini.Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Intihanya, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini.
Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memberikan komitmen bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang mapan, sudah tentu gejala negatif ini dapat kurangkan.Jelaslah bahawa gejala ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesan yang lebih buruk berlaku kepada generasi muda yang akan datang.

59 ulasan:

  1. izinkan saya menyalinnya

    BalasPadam
  2. izinkan sayamenyalinya..

    BalasPadam
  3. izinkan saya menyalinya..

    BalasPadam
  4. terima kasih

    BalasPadam
  5. saya ingin salin ni karangan tau..
    terima kasih ;)

    BalasPadam
  6. izainkan saya menyalinya..
    Terima Kasih

    BalasPadam
  7. blh sye menyalin

    BalasPadam
  8. izinkan saya menyalin..
    terimah kasih...

    BalasPadam
  9. blh saye manyalin...
    terima kasih

    BalasPadam
  10. saya nak salin juga

    BalasPadam
  11. sya nk slin bleh tima kasih bebanyak....

    BalasPadam
  12. adakah ini karangan rangsangan?tanya sat:)

    BalasPadam
  13. Woi ! Tak malu ka salin hak orng ?Buat sndirila,senang saja,tulah makan anai anai byk sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarla kalau kita nk salin pon pon tk tau kalau kau tu salin juga marah buta aje :P

      Padam
  14. biarlah nak salin pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. izinkan saya menyalin .. !

      Padam
  15. izinkan saya menyalin .. !

    BalasPadam
  16. izinkan saya copy

    BalasPadam
  17. izinkan saya salin ~~saya hendak menggunakan untuk forum yang hendak dipersembahkan

    BalasPadam
  18. izinkan saya menyalin ya

    BalasPadam
  19. izinkan copy

    BalasPadam
  20. izinkan saya untuk copy?

    BalasPadam
  21. izinkn sa untuk menyalinnya

    BalasPadam
  22. Izinkan saya untuk menyalinnya :)

    BalasPadam
  23. sememangnye btl rakan sebay adalh penagrh bsr bg seorng yg dglar pljar...bagi mrka hidup tanpa kawan tidak sempurna..

    BalasPadam
  24. izinkan saya untuk menyalin karangan ini...

    BalasPadam
  25. boleh saya salin karangan ini

    BalasPadam
  26. saye nak salin. BOLEH!

    BalasPadam
  27. izinkAN SAYA MENYALINNAYA

    BalasPadam
  28. saya ingin salin boleh ke ??

    BalasPadam
  29. Izinkan saya salin ye :) Terima kasih ~

    BalasPadam
  30. awak memudahkan kerja skolah sye....

    BalasPadam
  31. izinkan saya menyalinnya. Terima kasih btw :)

    BalasPadam
  32. izinkn saya menyalinnya

    BalasPadam
  33. Izinkan ana menyalinnya:)

    BalasPadam
  34. izinkan saya menyalinnya :) terima kasih banyak2

    BalasPadam
  35. awesome giler karangan ni!! nak copy boleh?

    BalasPadam
  36. izinkan saya menyalin

    BalasPadam
  37. Izinkan saya menyalin.

    BalasPadam
  38. izinkan saya copy

    BalasPadam
  39. izinkan saya copy..tqvm..

    BalasPadam
  40. izinkan saya untuk menyalinnya :)

    BalasPadam
  41. boleh saya salin

    BalasPadam
  42. Buat apa nak salin buat sendiri lgi bgs

    BalasPadam
  43. Boleh izinkan saya?

    BalasPadam
  44. Can i copy this ?

    BalasPadam
  45. Salam. Izinkan saya menyalin artikel ini untuk kegunaan
    anak saya. TK

    BalasPadam
  46. IZIN KAN SAYA SALIN ARTIKEL INI

    BalasPadam
  47. saya nk copy bleh

    BalasPadam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  49. nak tnya..ni karangan bahagian A atau bahagian B ?

    BalasPadam
  50. Bolehkah saya menyalinkan karangan ini?

    BalasPadam
  51. izinkan saya untuk menyalin karangan ini?

    BalasPadam