Rabu, 21 Mac 2012

Vandalisme

Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan vandalisme. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebelakangan ini, perbuatan vandalisme semakin membimbangkan kita. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada permasalahan ini.

Pengaruh rakan sebaya adalah antara punca berlakunya perbuatan ini. Kebiasaannya, apabila mereka berkumpul tanpa tujuan akan menimbulkan pelbagai idea yang negatif termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menjadi pendorong kepada perlakuan negatif ini. Tamsilannya, terdapat ibu bapa yang menunjukkan contoh yang negatif kepada anak-anak mereka dengan tidak menghiraukan papan tanda amaran di sesuatu kawasan.

Dalam pada itu, media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat serta sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.

Konklusinya, ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri.

4 ulasan:

  1. Boleh kah saya menyalinnya , kerana saya memerlukannya untuk membuat karangan bahan rangsangan ,karangan ini sesuai untuk saya membuat rujukan ,

    BalasPadam
  2. bhjnjjjbbfbngghjnjkjhhgjnn------baikAAAA+++++....

    BalasPadam
  3. boleh saya menulis ulasan ini?

    BalasPadam