Khamis, 2 Mei 2013

Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan



”Ayah kau bising kerana kau balik lewat. Hari ini  balik cepat sikit,”kata Mak Jah semasa Adhwa sedang memakai kasut.
Adhwa ialah anak lelaki sulungnya daripada empat adik beradik. Pada Adhwalah yang diharapkan untuk menjaga keluarga jika apa-apa terjadi kepadanya.
            ”Petang ini Adhwa ada kelas tambahan. Adhwa tak janji boleh balik awal. Emak cakap sahaja pada ayah, PMR dah dekat, jadi Adhwa perlu mengulang kaji pelajaran.”
            ”Kalau kau balik lambat kerana belajar, tak apalah. Emak risau kau menyimpang ke tempat lain pula.”
            Adhwa melangkah ke arah sekolah. Tetapi di simpang tiga, Badul dan Budin sedang menunggunya.
            ”Hari ini sahaja kau ikut kami. Esok kami tak ganggu kau lagi,”kata Badul.
            ”Dah dua hari aku ponteng sekolah. Kalaulah ayah aku tahu,habislah aku,”kata Adhwa. Hatinya masih teringatkan sekolah. Tetapi keseronokan yang ada di siber kafe sukar untuk dia lupakan. Di sekolah dia terpaksa berdepan dengan peraturan yang ketat, tugasan yang menimbun, dan leteran guru yang berterusan. Adhwa berfikir lagi.
            Badul dan Budin terus memujuk. Akhirnya, Adhwa termakan dengan pujukan rakannya itu. Mereka menuju ke siber kafe seperti kebiasaannya. Di situ menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan internet termasuklah perjudian secara ’online’.Ketika melangkah masuk, sudah ramai pengunjung yang memakai uniform sekolah dari sekolah yang berdekatan. Ada juga yang menghisap rokok.
            Jika di sekolah masa terasa bergerak begitu lambat tetapi di bilik bercahaya suram itu, cepat sahaja masa berlalu. Perut Adhwa sudah berkeroncong tetapi keseronokan tanpa ada penghujung menyebabkan dia lupa akan segala-segalanya.
            ”Lari! Lari! Lari! Polis!”Tiba-tiba terdengar jeritan daripada seorang pengunjung. Tanpa membuang masa, Adhwa merempuh pintu belakang dan dia lari sekuat hati. Dia tidak tahu nasib Badul dan Budin. Apa yang difikirkan ialah nasib dirinya sendiri. Sesekali dia menoleh ke belakang, terlihat beberapa pengunjung sedang digari oleh polis. Dia takut kalau-kalau dia tertangkap.
            Oleh sebab terlalu takut dan kurang berwaspada, dia terjatuh ke dalam longkang. Tubuhnya terhempap ke mayat yang reput. Bau busuk dan hanyir menusuk ke rongga hidungnya, Dia menggeletar ketakutan. Dia bangun semula dan terus belari.
            Apabila tiba di rumah dia terus masuk ke bilik. Ibunya terkejut melihatkan tubuhnya yang kotor. Adhwa tidak menjawab pertanyaan ibunya. Dia terus mandi dan kemudian tidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi mayat itu mengejarnya. Dia menjerit ketakutan dan tersedar daripada mimpinya.
            Keesokan harinya dia terbaca akan suatu berita di akhbar. Rupa-rupanya mayat tersebut ialah seorang penagih dadah. Dia tersedar seketika. Dia tidak mahu kesudahan hidupnya sama dengan mayat itu. Dia tidak sanggup lagi membohongi kedua-dua orang tuanya. Begitulah kata peribahasa, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
            Kini, Adhwa menjadi insan baharu yang mempunyai keazaman yang tinggi dan tidak lagi terpengaruh dengan pujukan rakan-rakan yang bersikap negatif.

52 ulasan:

  1. salam...sy mmintk izin mggunakan teks ini utk kgunaan p&p...syukran...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum......saya nak minta izin untu salin teks ni ya......moga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah-ruah untuk saudara kerana sudi kongsi ilmu saudara...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum......saya nak minta izin untu salin teks ni ya......moga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah-ruah untuk saudara kerana sudi kongsi ilmu saudara...

    BalasPadam
  4. minta izin untuk salin teks ni ya

    BalasPadam
  5. saya minta izin untuk salin teks ini

    BalasPadam
  6. saya minta izin utk salin teks ini

    BalasPadam
  7. saya mintak owang yang tulis karangan ni PLEASE kasi kitaorang copy...

    BalasPadam
  8. Asalamualaikum saya mintak izin nak copy karangan ni....

    BalasPadam
  9. Anda pasti tertanya, semasa tulis karangan ini....... Pastikan anda ubahsuai agar guru and a tidak ketahui

    BalasPadam
  10. saya minta izin salin teks ini untk krja sklh...terima kasih..

    BalasPadam
  11. Asalamualaikum....sye nk mnk izin copy teks nie untk omwork... thanz... may Allah bless you

    BalasPadam
  12. saya minta izin yeeeeeeeeee . bukan ni jekk kebanyakan cikgu pnye karangan

    BalasPadam
  13. mnta izin yee .. nk wat kje rumah ..

    BalasPadam
  14. minta izin nye..assalm...

    BalasPadam
  15. assalamualaikum....saya mau mnta izin salin karangan d atas ya....maka c....

    BalasPadam
  16. Minta izin untuk contoh karangan saya :)

    BalasPadam
  17. minta izin untuk membuat rujukan untuk karangan saya

    BalasPadam
  18. saya minta izin untuk menyalin

    BalasPadam
  19. saya mintak izin nak salin tuk hw

    BalasPadam
  20. minta slin utk krgn yea . tqvm .

    BalasPadam
  21. mohon copy,,,tq

    BalasPadam
  22. MINTA IZIN UNTUK COPY

    BalasPadam
  23. assamualaikum , saya ingin meminta kebenaran cikgu untuk menyalin karangan ini atas urusan kerja sekolah . saya peru menghantar keja sekolah tersebut pada keesokan hari .

    BalasPadam
  24. assalamualaikum saya nak minta izin untuk copy yeee :)

    BalasPadam
  25. Assalam, minta izin nak copy,,, buat homework

    BalasPadam
  26. copied :) thankiuu

    BalasPadam
  27. mintak izin nak copy yee?

    BalasPadam
  28. minta izin hendak copy yee ,igin meyiapkan kerja sekolah

    BalasPadam
  29. assalamualaikum..sya ingn mmnta izin untk copy untk krja skolah...

    BalasPadam
  30. assalamualaikum.. saya mntx izin untuk buat krja skolah ye...

    BalasPadam
  31. salam..minta izin untuk salin ya

    BalasPadam
  32. nak minta izin copy

    BalasPadam
  33. Minta izin copy ya :)

    BalasPadam
  34. asalam nak mintak copy karangan ni ^^

    BalasPadam
  35. plssssssssss bagi copy

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum.mintak izin drpd penulis ingin copy teks di atas.semoga ilmu ini bermanfaat buat semuaa.Thanks

    BalasPadam
  37. nak mintak izin copy sebagai panduan tugasan sekolah

    BalasPadam
  38. Mohon copy please ..

    BalasPadam
  39. assalamualaikum... saya minta izin untuk copy teks ini untuk kegunaan kerja sekolah saya... thank you :)

    BalasPadam
  40. izinkan saya untuk copy

    BalasPadam
  41. izinkan sya copy..

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum .. minta izin untuk menyalin semula teks ini sebagai rujukan saya belajar ....

    BalasPadam
  43. saya minta izin utk salin teks ini sebagai rujukan belajar ye

    BalasPadam
  44. mintak izin hendak salin untuk siapkan kerja sekolah

    BalasPadam