Huraikan peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak.
Acap kali kita dengar, slogan Membaca Jambatan Ilmu sering menghiasi di dada-dada akhbar, Internet dan televisyen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan budaya membaca dalam diri anak-anak
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan mengeluarkan modal dengan membeli bahan-bahan bacaan serta membawa anak-anak mereka ke kedai buku sekiranya ada kelapangan. Hal ini demikian kerana remaja dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka. Secara tidak langsung, hal ini dapat menambahkan minat membaca dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah seperti perpustakaan mini atau sudut bacaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya. Dalam konteks ini, remaja dapat membaca dalam keadaan yang lebih kondusif, senyap dan harmoni. Dengan ini, remaja dapat mengisi masa terluang mereka dengan membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka dan menjadikan rumah sebagai pusat atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda yang sihat.
Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan atau swasta akan mengadakan Karnival Buku yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita dan kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga mengunjungi karnival tersebut. Dalam konteks ini, remaja akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran. Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama, secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan.
Konklusinya, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja. Ibu bapa hendaklah menjadi agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara langsung dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan impak yang negatif kepada mereka, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Pentandingan memancing
BalasPadamblh tak kalau nak copy ada kerja sekolah :)
BalasPadamblh tak kalau nak copy ada kerja sekolah :)
BalasPadamMinta izin copy
BalasPadamassalam,,imnta izin copy,ye...trima kasih
BalasPadamasalamaualaikum.sy nk minta izin copy
BalasPadamminta izin copy ya
BalasPadamizinkan sy copy ya
BalasPadamsaya dengan rendah dirinya ingin meminta izin untuk meng-copy karangan ini
BalasPadam