Ahad, 29 Ogos 2010

CONTOH 33-KARANGAN PENDAPAT

Soalan Percubaan PMR Negeri Melaka 2010

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka. Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka. Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa ialah menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang terbaik pencapaian akademiknya.Hal ini demikian kerana di sinilah terdapat segala kemudahan yang tiada terdapat di sekolah-sekolah harian biasa. Lantaran itu, mereka dapat belajar dalam ruang yang lebih kondusif. Tamsilnya, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan sebagainya. Sememangnya suasana sekolah yang kondusif akan membantu mencemerlangkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa perlulah memberikan sokongan sama ada dari segi material mahupun kerohanian. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa tidak mementingkan pembelajaran anak-anak mereka. Lantaran itu, anak-anak mereka akan mempunyai motivasi untuk belajar.Sebagai contoh, ibu bapa perlulah membelikan buku-buku rujukan yang perlu dan menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan sekiranya anak-anak mereka memerlukannya. Sokongan daripada ibu bapa amat penting bagi menyuntik semangat ke dalam jiwa anak-anak bagi mencapai kejayaan yang membanggakan.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka.Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka.

Inthanya, ibu bapa perlu jelas akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar mereka tidak hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga cemerlang dari segi akhlaknya. Sememangnya peranan ibu bapa amat penting dalam melaksanakan visi yang mencabar ini.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (28)

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

PENGEMBANGAN ISI

A1)Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing.

A2)Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah.

A3)Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah.

A4)Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka.

A5)Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka.

PERENGGAN LENGKAP

Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka.Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA(11)

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

PENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka.

A2)Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka.

A3)Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka.

A4)Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

PERENGGAN LENGKAP

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka. Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka. Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

Ahad, 22 Ogos 2010

Sajak: Bicara Buat Guru(Tingkatan 2)

CONTOH 32-KARANGAN PENDAPAT

Soalan Percubaan PMR Negeri Melaka 2010

Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

Dewasa ini masalah kegiatan vandalisme semakin berleluasa di negara. Negara kerugian berjuta-juta ringgit disebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini. Kebanyakan daripada mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan remaja yang masih di bangku sekolah.Justeru,tindakan yang efektif perlu segera diambil bagi menangani gejala yang tidak sihat ini.

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam menangani gejala yang tidak sihat ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan remaja.Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik dan menasihati anak-anak mereka supaya menghindarkan diri daripada kegiatan yang tidak berfaedah ini.Tamsilnya, ibu bapa boleh menghukum anak-anak mereka yang merosakkan kemudahan awam di kawasan tempat tinggal mereka, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.Sememangnya peranan ibu bapa amat penting dalam menangani permasalahan ini bermula dari rumah lagi.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu peka dengan kegiatan vandalisme yang berlaku dalam kalangan pelajar .Hal ini demikian kerana terdapat di sesetengah sekolah, gejala ini dibiarkan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya. Lantaran itu, pelajar menjadi lebih berani dan secara terang-terangan merosakkan harta benda sekolah seperti memecahkan meja,kerusi,menconteng dinding tandas dan sebagainya.Tamsilnya, pihak sekolah boleh memberikan kaunseling atau mengenakan hukuman yang berat kepada pelajar yang terbabit. Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diperlukan bagi menangani gejala ini daripada berterusan.

Di samping itu, pihak berkuasa perlu menimbangkan hukuman yang lebih berat kepada pelaku-pelaku ini terutama yang melibatkan kemusnahan yang teruk.Hal ini demikian kerana hukuman yang ada pada masa ini agak ringan dan tidak menakutkan orang ramai.Oleh itu, orang ramai akan takut untuk melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh, pelaku yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman sebatan dan sebagainya. Sesungguhnya kesalahan ini agak serius dan hukuman yang setimpal patut dikenakan kepada mereka yang melakukannya.

Intihanya, semua pihak harus bekerjasama menangani gejala ini daripada terus berlarutan. Dalam pada itu,kempen kesedaran melalui media massa perlu diperhebat. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami akan kesan negatif yang ditimbulkan oleh gejala yang tidak sihat ini seterusnya memainkan peranan yang proaktif bagi menangani permasalahan ini dan bukannya seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Selasa, 17 Ogos 2010

Soalan KOMSAS Peperiksaan Percubaan PMR Melaka 2010

"Pengajaran bahawa kita hendaklah mementingkan kehidupan bermasyarakat supaya matlamat hidup hidup tercapai".

Huraikan satu contoh peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran di atas dalam novel yang telah anda kaji di Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga.

CONTOH JAWAPAN

Jawapan saya adalah berdasarkan kajian novel Anak Din Biola di Tingkatan Satu, Tragedi Empat Disember di Tingkatan Dua dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan di Tingkatan Tiga.

Antara peristiwa yang dapat dikaitkan dengan pengajaran di atas dalam novel Anak Din Biola ialah peristiwa Budiman berusaha belajar bermain biola dengan Pak Wan Busu agar berjaya menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Usahanya itu tidak sia-sia kerana dia telah memenangi pertandingan tersebut.

Seterusnya, dalam novel Tragedi Empat Disember peristiwa tersebut digambarkan melalui peranan Pak Widodo dan anaknya Antik yang telah berusaha membantu Kamarul Azam pulang ke Malaysia bagi tujuan menghadiri majlis pengebumian ayahnya yang telah terkorban dalam nahas kapal terbang. Hasratnya tertunai kerana dia sempat sampai sebelum ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Akhirnya, dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan telah digambarkan pengajaran tersebut melalui peristiwa Kanang dan anggota pasukannya bermati-matian menentang komunis di Hutan Korbu,Perak agar keselamatan negara terpelihara.Walaupun mereka mendapat kecederaan tetapi semangat berjuang yang tinggi membolehkan mereka mencapai kejayaan dalam pertempuran itu.

Sabtu, 14 Ogos 2010

CONTOH PENUTUP(11)

PENUTUP

A1)Konklusinya, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran dalam diri sendiri.(Rumusan)

A2)Dengan demikian, pengguna perlu sentiasa mengambil berat akan corak perbelanjaan harian mereka. (Cadangan)

A3)Sekiranya semua pengguna mengambil tindakan sedemikian,masalah ini dapat ditangani dengan lebih baik.(Harapan)

A4)Jelaslah,pengguna memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu kenaikan harga barangan ini dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja. (Pendirian)

PERENGGAN LENGKAP

Konklusinya, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran dalam diri sendiri.Dengan demikian, pengguna perlu sentiasa mengambil berat akan corak perbelanjaan harian mereka. Sekiranya semua pengguna mengambil tindakan sedemikian,masalah ini dapat ditangani dengan lebih baik.Jelaslah,pengguna memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu kenaikan harga barangan ini dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA(10)

PENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada, harga minyak dunia sentiasa meningkat disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca,peperangan dan sebagainya. (Isu semasa)

A2)Rentetan daripada itu, harga barangan juga meningkat kerana mempengaruhi kos pengangkutan, sumber manusia dan lain-lain.(Ulasan isu)

A3)Walaupun pelbagai rungutan disuarakan oleh pelbagai pihak, harga barangan tetap meningkat kerana tidak dapat dihalang daripada terus berlaku.(Isu masa kini)

A4)Justeru, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Marcapada, harga minyak dunia sentiasa meningkat disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca,peperangan dan sebagainya. Rentetan daripada itu, harga barangan juga meningkat kerana mempengaruhi kos pengangkutan, sumber manusia dan lain-lain.Walaupun pelbagai rungutan disuarakan oleh pelbagai pihak, harga barangan tetap meningkat kerana tidak dapat dihalang daripada terus berlaku. Justeru, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (27)

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan meningkat secara mendadak. Situasi ini membebankan pengguna yang tidak mempunyai pilihan. Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.

PENGEMBANGAN ISI

A1)Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja. (Apa)

A2)Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.(Mengapa)

A3)Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.(Kesan)

A4)Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut. (Contoh)

A5)Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP

Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja.
Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut.Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan)

Ahad, 8 Ogos 2010

Salam Ramadan

CONTOH 31-KARANGAN PENDAPAT

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini. Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Peperangan sudah semestinya telah meragut banyak nyawa manusia sama ada di pihak yang diserang mahupun yang menyerang. Hal ini demikian kerana peluru tidak mengenal mangsa. Justeru, ramailah mereka yang telah ditembak mati atau dibedil semasa berlaku peperangan .Tamsilnya, mereka yang telah terbunuh tidak mengira usia dan juga jantina.Hal ini jelas menunjukkan betapa peperangan telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.

Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh. Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara. Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ. Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur.Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan.

Seterusnya, peperangan telah menyebabkan kebuluran di negara terbabit. Hal ini demikian kerana kawasan-kawasan pertanian dan kilang-kilang yang memproses makanan telah musnah semasa berlaku peperangan. Justeru, penduduk setempat tidak dapat membeli barang-barang untuk keperluan harian mereka.Tamsilnya, saliran air di kawasan sawah-sawah padi, ladang-ladang, kebun buah-buahan tidak lagi dapat diusahakan kerana mengalami kemusnahan yang teruk.Kebuluran juga akhirnya akan membawa kepada kematian kepada penduduk di kawasan yang terbabit.

Konklusinya,kematian membawa kesan yang amat buruk kepada manusia sejagat. Oleh itu,negara yang terlibat dengan sesuatu konflik hendaklah menyelesaikannya di meja rundingan. Dengan itu,pertumpahan darah akan dapat dielakkan.Kita tidak mahu sebagaimana kata pepatah, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA(9)

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

PENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.
(Isu Semasa)

A2)Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka.
(Ulasan Isu)

A3)Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini.
(Isu Masa Kini)

A4)Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
(Hala Tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini. Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Isnin, 2 Ogos 2010

MODUL PMR

Cikgu ingin memohon maaf kepada pengunjung blog yang lewat menerima modul tersebut. Hal ini disebabkan permintaan yang agak menggalakkan menyebabkan cikgu terpaksa membanyakkan lagi salinannya.Insya-Allah cikgu akan mengeposkannya secepat yang mungkin. Terima kasih.

CONTOH PENUTUP(10)

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

PENUTUP

A1)Konklusinya,kematian membawa kesan yang amat buruk kepada manusia sejagat.
(Kesimpulan)

A2)Oleh itu,negara yang terlibat dengan sesuatu konflik hendaklah menyelesaikannya di meja rundingan.
(Cadangan)

A3)Dengan itu,pertumpahan darah akan dapat dielakkan.
(Harapan)

A4)Kita tidak mahu sebagaimana kata pepatah, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.
(Pendirian)

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (26)

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

PENGEMBANGAN ISI

A1)Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh.

A2)Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara.

3)Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ.

4)Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur.

5)Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan.

PERENGGAN LENGKAP

Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh. Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara. Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ. Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur.Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan.