Khamis, 30 September 2010

SOALAN RAMALAN KOMSAS 2010

KERTAS 1 SOALAN PEMAHAMAN(N0. 31 - 40)

Cerpen - Tingkatan 1

Prosa Tradisional - Tingkatan 1

Puisi Tradisional - Tingkatan 2

Sajak - Tingkatan 2

Drama - Tingkatan 1


KERTAS 2 BAHAGIAN D

Plot - Binaan Plot (Permulaan/Klimaks/Peleraian)

Pengajaran - Pengajaran daripada peristiwa

CONTOH KARANGAN PENDAPAT(34)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKLAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat dinegara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang governan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?


Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan ini, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Lantaran itu, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Selain itu, alternatif lain bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah pihak sekolah haruslah memastikan makanan-makanan yang dijual di kantin sekolah mereka berzat dan bukannya makanan segera. Hal ini berlaku demikian kerana sebilangan pihak pengurusan kantin yang sengaja menjual makanan segera bagi menarik perhatian para pelajar sekaligus melariskan jualan mereka ini akan sentiasa beringat untuk memenuhi peraturan yang dikenakan ke atas mereka berkaitan penyediaan juadah yang di jual. Justeru, kesusahan mendapatkan sumber makanan segera akan menyebabkan para pelajar memperoleh makanan yang berkhasiat sekaligus mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai contoh, guru besar atau pengetua sesebuah sekolah perlulah mengetahui makanan-makanan yang di jual di kantin sekolah serta mendapatkan maklum balas para pelajar terhadap makanan-makanan tersebut. Oleh itu, sikap tanggungjawab pihak sekolah amatlah diharapkan bagi melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah mengehadkan pengeluaran makanan segera dalam industri pembuatan makanan segera sebagai satu langkah bijak dalam menangani isu ini. Hal ini berlaku demikian kerana pengambilan makanan segera yang terlalu kerap boleh membunuh harapan kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Impaknya, kawalan pengeluaran makanan segera akan menjadikan masyarakat lebih mengutamakan pengambilan makanan ruji dalam kehidupan harian mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Tamsilnya, kerajaan perlulah menetapkankan kuota pengeluaran makanan segera bagi sesebuah kilang dalam industri pembuatan makanan segera ini. Oleh itu, sokongan kuat daripada kerajaan juga amat penting bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Konklusinya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu ini daripada terus terbiar tanpa ada penyelesaiannya. Dengan demikian, individu itu sendiri perlulah pandai mengawal diri daripada godaan makanan segera yang banyak menerjah pasaran masa ini. Sekiranya semua pihak bergerak dengan lebih efisien, sudah pasti isu pengambilan makanan segera yang bersangkut paut dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa ini akan dapat diatasi dengan mudah.Jelaslah, kerjasama serta komitmen semua pihak amat penting dalam menangani sesuatu masalah dan tidak boleh menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pujangga bestari, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Hasil pena Farah Adibah Karim 3 Anggerik 2009

Isnin, 27 September 2010

Karangan Rangsangan (Pertanian)

Usaha-Usaha untuk Meningkatkan Hasil Pertanian Negara

Marcapa,industri pertanian di negara kita telah melangkah setapak ke arah skala pengeluaran yang lebih besar. Hal ini demikian kerana kerajaan ingin mengelakkan pergantungan kepada negara dari luar bagi membekalkan hasil pertanian.Pelbagai usaha boleh dilakukan bagi meningkatkan hasil pertanian di negara ini.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memberi pinjaman dan nasihat kepada para petani yang memerlukannya.Tamsilnya,pihak bank boleh memberikan pinjaman jangka pendek kepada para petani yang kekurangan modal. Dengan itu,para petani tersebut dapat meneruskan usaha untuk membesarkan lagi kegiatan pertanian mereka.

Selain itu,kajian juga perlu dilakukan untuk menghasilkan hasil pertanian yang bermutu tinggi. Sebagai contoh, pihak MARDI perlu memperbaik kualiti biji benih yang sedia ada dan memperkenalkan alatan yang boleh membantu petani mengutip hasil pertanian mereka dengan efisien.Natijahnya,hasil pendapatan para petani dapat ditingkatkan selari dengan peredaran zaman.

Di samping itu,masyarakat juga berperanan mengutamakan hasil pertanian negara apabila membeli sesuatu hasil pertanian.Tamsilnya,orang ramai hendaklah membeli buah-buahan tempatan seperti pisang,betik dan bukannya berbangga dengan membeli buah epal,kiwi dan sebagainya.Dengan ini,sudah tentu petani akan dapat menjual hasil pertanian mereka tanpa sebarang masalah untuk memasarkannya.

Sebagai kesimpulan terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hasil pertanian negara.Selain itu,aspek pemasaran memainkan peranan penting dalam memajukan lagi industri pertanian ini.

Ahad, 26 September 2010

CONTOH PENUTUP (12)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

A1)Intihanya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu ini daripada terus terbiar tanpa ada penyelesaiannya.

A2)Dengan demikian, individu itu sendiri perlulah pandai mengawal diri daripada godaan makanan segera yang banyak menerjah pasaran masa ini.

A3)Sekiranya semua pihak bergerak dengan lebih efisien, sudah pasti isu pengambilan makanan segera yang bersangkut paut dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa ini akan dapat diatasi dengan efektif.

A4)Jelaslah, kerjasama serta komitmen semua pihak amat penting dalam menangani sesuatu masalah dan tidak boleh menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pujangga bestari, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

PERENGGAN LENGKAP

Intihanya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu ini daripada terus terbiar tanpa ada penyelesaiannya. Dengan demikian, individu itu sendiri perlulah pandai mengawal diri daripada godaan makanan segera yang banyak menerjah pasaran masa ini. Sekiranya semua pihak bergerak dengan lebih efisien, sudah pasti isu pengambilan makanan segera yang bersangkut paut dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa ini akan dapat diatasi dengan efektif.Jelaslah, kerjasama serta komitmen semua pihak amat penting dalam menangani sesuatu masalah dan tidak boleh menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pujangga bestari, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (30)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

A1)Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka.

A2)Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya mereka.

A3)Justeru, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

A4)Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

A5)Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

PERENGGAN LENGKAP

Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Justeru, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(8)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

A1)Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?

A2)Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?

A3)Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan.

A4)Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

PERENGGAN LENGKAP

Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

Selasa, 7 September 2010

Salam Aidilfitri


Pada kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam khususnya kepada pelajar-pelajar dan warga kerja SMK Dang Anum dengan ucapan maaf zahir dan batin.

Ahad, 5 September 2010

Bicara Buat Guru (Slaid)

Komsas-Novel

Rumusan Komsas Novel Tingkatan 3

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (29)

Perpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut.

PENGEMBANGAN ISI

A1)Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini.

A2)Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain.

A3)Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta.

A4)Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber.

A5)Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka.

PERENGGAN LENGKAP

Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain. Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta.Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber. Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(7)

Perpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut.

A1)Di negara kita terdapat banyak perpustakaan yang telah dibina oleh pihak kerajaan untuk kegunaan penduduk di sesuatu kawasan petempatan. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adakah mereka telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin?

A2)Adakah penubuhannya telah mencapai objektif yang dihasratkan oleh pihak kerajaan?

A3)Umum semua mengetahui tentang kemerosotan bilangan pengunjung ke perpustakaan awam ini.

A4)Apakah faktor-faktor yang menyebabkannya semakin disisihkan oleh mereka?