Jumaat, 2 April 2010

CONTOH 26-KARANGAN PENDAPAT

Faedah Mempunyai Ramai Rakan

Semua orang mengetahui tiada sesiapa pun yang boleh hidup secara bersendirian di dunia ini.Justeru, setiap individu akan cuba mendekati individu yang lain bagi mengisi kesunyian tersebut.Rakan menjadi orang yang terpenting selain ahli keluarga kita sendiri.
Tentunya pelbagai faedah akan kita dapati sekiranya mempunyai ramai rakan dan kenalan.

Sememangnya terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita mempunyai ramai rakan. Rakan dapat menolong kita semasa menghadapi masalah dalam kehidupan kita. Jika kita berada dalam kesusahan, dapatlah rakan membantu kita menyelesaikan masalah tersebut.Seorang rakan yang baik akan tetap berada di sisi kita tidak kira ketika menghadapi masalah atau pun ketika kita bergembira.

Selain itu, apabila kita runsing atau asyik memikirkan perkara yang membimbangkan kita, rakanlah yang akan cuba menggembirakan hati kita.Terdapat remaja yang hanya meluahkan perasaan mereka kepada rakan-rakan dan bukannya ibu bapa mereka.Hal ini berlaku demikian kerana terdapat ibu bapa yang ketiadaan masa untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Seterusnya jika kita mempunyai rakan,kita boleh keluar bersama dengan mereka untuk berseronok pada masa lapang. Kadang-kadang kita berasa jemu berada di rumah seperti burung terkurung di dalam sangkar. Oleh itu, kita bolehlah mengajak rakan kita keluar menemani kita ke pusat beli-belah atau pun ke mana-mana sahaja asalkan tahu batasannya.

Bagi pelajar-pelajar,belajar secara berkumpulan merupakan satu cara untuk memahami apa yg dipelajari di sekolah.Justeru, rakan amat penting dalam situasi sebegini. Dengan mempunyai rakan, kita dapat membentuk kumpulan untuk membincangkan topik-topik yang sukar difahami dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan kita.Hal ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan kita.

Intihanya,rakan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Rakan yang baik akan tetap membantu dan menyokong kita tidak kira apa yang terjadi.Oleh itu kita harus mempunyai seberapa ramai rakan sejati.Sesungguhnya merekalah yang akan menjadi peneman tatkala kita dalam kesusahan atau pun waktu senang.


300 patah perkataan

43 ulasan:

  1. Oklah. Tetapi still kena improve kemahiran bahasa yang agak tunggang terbalik. 8)

    BalasPadam
  2. kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  3. meminta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  4. minta kebenaran utk menyalin

    BalasPadam
  5. meminta kebenaran untuk menyalin @ copy .

    BalasPadam
  6. meminta kebenaran untuk menyalin ..

    BalasPadam
  7. sohai wah sudah salin habis lo

    BalasPadam
  8. Adakah ini karangan spm?

    BalasPadam
  9. meminta kebenaran untuk menyalin @ copy

    BalasPadam
  10. meminta kebenaran untuk menyalin...

    BalasPadam
  11. nk mntak isi membantu rakan menghadapi masalah pembelajaran

    BalasPadam
  12. Penutup yg mantap

    BalasPadam
  13. kebenaran untuk menyalin saya nak baca

    BalasPadam
  14. minta kebenaran untuk menyalin@copy...

    BalasPadam
  15. banyak membantu saya..................ribuan terima kasin

    BalasPadam
  16. Bnyk mmbntu sya..tq

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. kebenaran untuk menyalin boleh........................

    BalasPadam
  19. saya ingin meminta kebenaran utk menyalin boleh? sebagai rujukan dan bahan bacaan

    BalasPadam
  20. KEBENARAN UNTUK MENYALIN LAR!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  21. meminta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  22. kaberan utk menyalin please

    BalasPadam
  23. nk minta kebenaran menyalin

    BalasPadam
  24. nak minta kebenaran untuk salin

    BalasPadam
  25. mintak copy yer

    BalasPadam
  26. nak mitok izin nok salin....

    BalasPadam
  27. kedekut punya orang,,, nak salin pon kena mintak dulu>>... :p

    BalasPadam
  28. meminta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  29. meminta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  30. meminta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum . Mohon nak copy . Urgent .

    BalasPadam
  32. assalamualikum ,, saya ingin memohon kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. KEBAIKAN BELAJAR DALAM KUMPULAN

    BalasPadam
  35. minta kebenaran untuk salin

    BalasPadam
  36. may i copy please please plese

    BalasPadam