Ahad, 26 September 2010

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(8)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

A1)Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?

A2)Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?

A3)Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan.

A4)Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

PERENGGAN LENGKAP

Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

5 ulasan:

  1. Cikgu, saya minta kebenaran untuk menyalin karangan cikgu sebagai contoh di kelas.. Pendahuluan cikgu sangat best :) Minta halal ye..

    BalasPadam
  2. Saya nak minta kebenaran untuk menyalin karangan ini ... Semoga cikgu halalkan dan mendapat saham di akhirat ... InsyaAllah ...

    BalasPadam
  3. Ak nk salin....jgn kedekut ilmu okey..

    BalasPadam
  4. CIKGU, MINTA KEBENARAN UNTUK COPY

    BalasPadam
  5. saya minta kebenaran untuk copy ye

    BalasPadam