Sabtu, 26 Mac 2011

Masalah Pembuangan Bayi

Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?

Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat membimbangkan.Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan sosial yang sukar dibendung.Gejala ini jika berterusan akan membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara kita. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular di negara kita.

Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar subjek agama di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam peperiksaan.Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana tidak menghayatinya.Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan zina kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu dan akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata tempat.Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.

Selain itu, pengaruh negatif yang tersebar luas melalui media dalam kalangan remaja memburukkan lagi permasalahan ini. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa keburukan jika tidak dipantau. Justeru, remaja tersebut akan terpengaruh untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut. Sebagai contoh, mereka akan cuba untuk melakukan perbuatan zina setelah menonton filem lucah di internet. Seharusnya remaja perlu bijak menilai maklumat yang telah dihidangkan di depan mata mereka.

Di samping itu, kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia juga menjadi penyebab kepada gejala ini .Hal ini terjadi kerana taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran itu, anak dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan daripada mereka. Tamsilnya, anak-anak akan menggunakan ruang kebebasan yang ada dengan perbuatan yang tidak bermoral tersebut bersama-sama kawan yang tidak bermoral.Jelaslah bahawa kesibukan dengan urusan duniawi menjadi antara punca kepada gejala yang tidak sihat ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan gejala ini. Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’ perlu mengubah sikap mereka. Sekiranya perubahan ini dilakukan, sudah tentu gejala negatif ini dapat dikurangkan.Sememangnya gejala ini perlu diperang secara habis-habisan bagi memastikan generasi yang akan datang bebas daripada permasalahan ini.

22 ulasan:

  1. boleh tak saya guna artikel ni sebagai salah satu maklumat di dalam tugasan saya?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, saya ingin meminta izin untuk menyalin artikel ini..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, saya ingin meminta izin untuk menyalin artikel-arikel tuan yang terdapat dalam blog ini untuk edaran murid saya yang rata-ratanya kurang mahir menggunakan internet bagi mencari karangan contoh..segala jasa baik tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih..semoga hasil kerja tuan ini mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah S.W.T..sekian terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam , boleh saya menyalin sedikit untuk tugasan saya ? Segala jasa baaik tuan saya dahului dgn ucapan terima kasih .

    BalasPadam
  5. assalammualaikum,izinkan saya untuk menyalin sedikit artikel-artikel di atas untuk dijadikan contoh kepada anak murid saya....saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baik tuan.terima kasih manusia yang baik hati.

    BalasPadam
  6. izinkan saya menyalin sedikit karangan tuan...terima kasih

    BalasPadam
  7. izinkan saya untuk membuat artikel?

    BalasPadam
  8. izinkan saya menyalin karangan ini

    BalasPadam
  9. izinkan saya mengambil isi-isi ini, boleh?

    BalasPadam
  10. izinkan sy menyalin isi-isinya boleh/

    BalasPadam
  11. i need it for moral project

    BalasPadam
  12. assalamualaikum,,izinkan saya menyalin karangan ini...terima kasih..

    BalasPadam
  13. izinkan sye menyalin

    BalasPadam
  14. izinkan sye menyalin trima kasih

    BalasPadam
  15. izinkan saya menyalin

    BalasPadam
  16. izinkan saya menyalin karangan ini. thanks you :)

    BalasPadam
  17. izinkan saya menyalin

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. izinkan saya menyalin karangan ini

    BalasPadam
  20. izinkan saya menyalin karangan

    BalasPadam
  21. bolehkah saya copy karangan ini?Pls

    BalasPadam