Khamis, 3 Mac 2011

Punca-punca Penyakit Berjangkit

Berdasarkan ilustrasi di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang punca-punca penularan penyakit berjangkit.

PERENGGAN LENGKAP

PENDAHULUAN

Baru-baru ini, sarwajagat telah digemparkan dengan krisis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Terdapat pelbagai punca yang dikenalpasti membawa kepada penularan penyakit ini.

PENGEMBANGAN ISI

Membiarkan kuku panjang tanpa menjaganya merupakan salah satu punca penyebaran penyakit ini. Justeru, kuman akan terlekat di celah-celah kuku dan akan masuk ke dalam badan semasa kita menyuap makanan ke dalam mulut kita.

Selain itu, dapur yang kotor akan mengundang lalat menghurungi makanan yang ada di situ. Lantaran itu, lalat-lalat tersebut akan mencemarkan makanan yang ada dan menyebarkan kuman pada makanan tersebut.

Di samping itu, perbuatan bersin dan batuk tanpa menutup mulut akan menyebabkan penyebaran kuman berlaku. Mereka yang berbuat demikian akan menyebabkan manusia yang berhampiran mereka akan turut terkena jangkitan kuman tersebut.

PENUTUP

Intihanya, terdapat banyak punca lain yang menyebabkan situasi ini berlaku. Pelbagai langkah perlu diambil bagi memastikan situasi ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin.

19 ulasan:

  1. karangan ni kn, mmg ssuai utk plajar t.2 .. thanks atas contoh2 karangan yg berkualiti ini ..

    BalasPadam
  2. Bolehkah saya menyalin karangan ini???

    BalasPadam
  3. boleh kah saye menyalin karangagn ini ?

    BalasPadam
  4. npe karang tersebut sikit sngat....panjang lah sikit...kata karangan....

    BalasPadam
  5. PENDEK DAN RINGKAS SGT..

    BalasPadam
  6. sangat bagus karangan ini

    BalasPadam
  7. macam mna nk dptkn kebenaran????

    BalasPadam
  8. x pelah,susah2x sgt slin terusla dlm buku...lg pon bkannya pnjg sgt..klau print dh rugi ink.kan5x?????

    BalasPadam
  9. pendeknyer..tp bagus..

    BalasPadam
  10. Terima kasih. Betullah. Karangan ni memang sesuai sangat dengan murid-2 tingkatan 2. Sangat ringkas dan bagus utk dibuat rujukan. :)

    BalasPadam
  11. mohon copy n paste ye..

    BalasPadam
  12. karangan yang ringkas dan pendek..tetapi amat membantu saya...thanks

    BalasPadam
  13. bolehkah saya menyalin karangan ini?

    BalasPadam
  14. bolehkah saya menyalin karangan ini

    BalasPadam
  15. Bolehkah saya menyalin karangan ini? Saya mahu membuat kerja sekolah.

    BalasPadam
  16. BOLEH TAK SAYA NAK UMUM TENTANG PENYAKIT BERBAHAYA?

    BalasPadam