Khamis, 22 September 2011

Kemerosotan Disiplin Pelajar

Media massa sering memaparkan berita tentang kemerosotan disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar.Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

Belakangan ini masalah kemerosotan disiplin pelajar semakin ketara di negara kita. Kemerosotan disiplin ini adalah disebabkan pelbagai faktor . Kebanyakan daripada mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan pelajar yang mempunyai pelbagai masalah peribadi mereka sendiri.Justeru,tindakan yang efektif perlu segera diambil bagi menangani gejala yang tidak sihat ini.

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam menangani gejala yang tidak sihat ini. Hal ini demikian kerana mereka merupakan individu yang paling berkesan untuk mempengaruhi perlakuan anak-anak mereka.Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik dan menasihati anak-anak mereka supaya menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan disiplin di sekolah.Tamsilnya, ibu bapa boleh menasihati dan menghukum anak-anak mereka yang terlibat dengan masalah pelanggaran disiplin, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.Sememangnya peranan ibu bapa amat penting dalam menangani permasalahan ini yang bermula dari rumah lagi.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu peka dengan pelanggaran disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar .Hal ini demikian kerana terdapat di sesetengah sekolah, gejala ini dibiarkan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya. Lantaran itu, pelajar menjadi lebih berani dan secara terang-terangan melanggar peraturan sekolah seperti menghisap rokok,berambut panjang, bergaduh dan sebagainya.Tamsilnya, pihak sekolah boleh memberikan kaunseling atau mengenakan hukuman yang berat kepada pelajar yang terbabit. Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diperlukan bagi menangani gejala ini daripada berterusan.

Di samping itu, pihak ibu bapa melalui PIBG seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama yang baik sekiranya anak mereka dihukum oleh pihak sekolah.Lantaran itu, anak-anak mereka akan menjadi lebih berani untuk melanggar peraturan sekolah kerana mengetahui yang ibu bapa mereka tidak cakna dengan perlakuan negatif mereka itu. Sebagai contoh, ibu bapa perlu hadir ke sekolah sekiranya dipanggil oleh pihak sekolah untuk mendengar penjelasan daripada pihak guru tentang masalah disiplin yang telah dilakukan oleh anak mereka. Sesungguhnya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang ada.

Intihanya, semua pihak harus bekerjasama menangani gejala ini daripada terus berlarutan. Kempen kesedaran dalam kalangan pelajar juga perlu diperhebat. Dengan itu, pelajar akan lebih memahami akan kesan negatif yang ditimbulkan oleh gejala yang tidak sihat ini.Sememangnya semua pihak tidak perlulah menunding jari menyalahkan antara satu sama lain dan tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

60 ulasan:

  1. Terima Kasih Cikgu

    BalasPadam
  2. Salam cikgu, mohon keizinan daripada cikgu, saya menyalin bahan-bahan yang ada dalam blog cikgu. Semoga usaha cikgu dapat ganjaran daripadaNya. Amin

    BalasPadam
  3. cikgu boleh saya salin ..

    BalasPadam
  4. salam..saya mohon untuk menyalin ye..tq

    BalasPadam
  5. mohon ....saya ingin menyalin karangan ini

    BalasPadam
  6. banyak membantu sekali untuk lisan....:)

    BalasPadam
  7. izinkn sy utk membuat sbagai rujukan ia amat brguna kpd sy

    BalasPadam
  8. MINTA IZIN NAK COPY YA..TQ

    BalasPadam
  9. minta izin nak copy ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. izinkan saya untuk copy karangan ini ya. ianya amat berguna kepada saya untuk belajar.

      Padam
  10. assalamualaikum cikgu.isi esei ini baik.mohon kebenaran untuk menyalinnya.

    BalasPadam
  11. salam .. mohon copy

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum cg..mohon copy ye

    BalasPadam
  13. terima kasih,cikgu

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. assalamualaikum...saya nak memohon menyalin karangan di atas

    BalasPadam
  16. assalamualaikum ... cikgu saya sedang mencari karangan seperti ini untuk dijadikan bahan rujukan peperiksaan saya... saya nak minta kebenaran untuk menggunakan karangan ini...

    BalasPadam
  17. assalamualaikum, mohon copy cikgu. Terima kasih..

    BalasPadam
  18. assalamualaikum,mohon salin

    BalasPadam
  19. assalamualaikum, karangan ini membantu saya, dan mohon untuk copy cikgu.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum cg, mohon copy ye. terima kasih

    BalasPadam
  21. can i copy this?

    BalasPadam
  22. macam mana nak copy?kalau boleh mohon copy

    BalasPadam
  23. saya nk copy boleh????

    BalasPadam
  24. assalamualaikum ckg,saya minta izin untuk copy ye . Terima kasih .

    BalasPadam
  25. assalamualaikum ckg,saya minta izin untuk copy ye . Terima kasih .

    BalasPadam
  26. salam cikgu izinkan saya untuk menyalin karangan ini sebagai rujukan saya.

    BalasPadam
  27. salam cikgu, izinkan saya untuk menyalin petikan ini

    BalasPadam
  28. salam cg bole sye copy?

    BalasPadam
  29. cikgu saya nak copy ...
    boleh tak ?

    BalasPadam
  30. assalamualaikum cikgu boleh saya salin karangan ni

    BalasPadam
  31. dah la karangan pendek bodoh betul menyusahkan aku je..babi.....lol -_-
    lain kali belajar la buat karangan dari cikgu rahayu ...aduh tu pon nk kene ajar ke...aduh kau ni tak sekolah ke ha????..

    BalasPadam
  32. terima kasih cikgu kerana karangan cikgu ini amat bagus dan sesuai untuk saya untuk membuat folio pendidikan moral.Mohon menyalin.

    BalasPadam