Isnin, 5 Jun 2017

Bersukan banyak memberikan kebaikan kepada seseorang. Huraikan faedah-faedah seseorang itumelibatkan diri dalam bidang sukan.



Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.            

Salah satu daripada faedah bersukan adalah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini kerana apabila kita bersukan badan kita akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Oleh itu, badan kita akan menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.            

Seterusnya, melalui bersukan, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menambah kenalan tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Tamsilnya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu-individu yang berada di kawasan itu. Justeru, hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum disesuatu kawasan tempat tinggal, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.           

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Hal ini kerana sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Dengan ini, kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri kita daripada terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang tidak diingini.            

Di samping itu, dengan bersukan juga kita dapat mengharumkan nama sekolah.Hal ini demikian kerana sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Sebagai contoh, sekiranya kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita secara tidak langsung berjaya mengharumkan nama sekolah kita.


Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Justeru, kita perlulah bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk bersukan. Dengan itu, akan lahirlah masyarakat yang cerdas dan cergas pada masa akan datang.

36 ulasan:

  1. saya ingin copy page ini utuk bantu anak i baca dan menulis karangan yg menduduki pt3.supaya dia senang faham dan bantu dia memahami lagi

    BalasPadam
  2. Ulasan tak guna

    BalasPadam
  3. Hahaha��������������������������

    BalasPadam
  4. Hoi korang korang ni dah kenape asyik nak cakap budak je macam lah korang tu pandai sangat ulasan tu

    BalasPadam
  5. Sebab kami tak pandai la kami tengok

    BalasPadam
  6. Awat hang pandai sngat ka
    Kepada tanpa nama

    BalasPadam
  7. Terima kasih. karangan ini dapat membantu anak didik saya

    BalasPadam
  8. Terima kasih.kerana karangan ini dapat membantu saya dalam menjawab soalan..

    BalasPadam
  9. Sangat bagus karangan nik kalu peperiksaa akhir tahun masuk tajuk ini sy akn hafal tajuk Nik Dan buat

    BalasPadam
  10. kalau nak buat ayat tu jadi pendek macam mana

    BalasPadam
  11. ok,boleh ambik sikit² ulasannye

    BalasPadam
  12. Fuck fuck me know what to look for in my mind

    BalasPadam
  13. Good ulasan ...Time kasih kerana menghantar

    BalasPadam
  14. Karangan ini membantu saya untuk contoh yg saya mahu

    BalasPadam
  15. Saya mahu ulasan

    BalasPadam