Rabu, 24 Februari 2010

CONTOH PENGEMBANGAN ISI(21)

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU?

A1) Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

A2)Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja.

A3)Impaknya, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.

A4)Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan.

A5)Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik,persis kata mutiara, masa itu emas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan