Kertas 1
1)Karangan A(30 m)
a.Menulis karangan berdasarkan rangsangan yang disediakan(gambar,dialog,jadual, dll)
b.Panjang karangan adalah antara 200 hingga 250 patah perkataan
c.Masa untuk menulis ialah 45 minit
d.Pelajar dicadangkan menulis tiga isi yang kukuh
e.Setiap isi hendaklah dihuraikan dengan betul
f.Kesalahan bahasa perlu dielakkan
g.Rangkai kata yang menarik,peribahasa, dan cogan kata yang sesuai wajar disertakan
2)Karangan B(100 m)
a.Menulis karangan berdasarkan satu daripada lima soalan yang disediakan
b.Panjang karangan melebihi 350 patah perkataan
c.Masa yang diperuntukkan ialah satu jam setengah (1 ½ jam)
d.Pelajar dicadangkan menulis lima isi yang kukuh
e.Setiap isi hendaklah dihuraikan dengan betul
f.Contoh,statistik,peribahasa,pendapat tokoh, dan cogan kata yang berkaitan hendaklah disertakan
g.Kesalahan bahasa hendaklah dielakkan
Kertas 2
1)Rumusan(30 m)
2)Pemahaman(35 m)
a.petikan umum(rumusan)
b.petikan cerpen/drama
c.petikan prosa tradisional
d.petikan puisi
3)Sistem Tatabahasa(30 m)
a.membina ayat
b.tidak dikhususkan, misalnya menukarkan ayat
c.membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan
d.membetulkan kesalahan kata dan tatabahasa
e.peribahasa
4)Novel(15 m)
a.berdasarkan sebuah novel
b.berdasarkan dua buah novel
Terima kasih .. petikan ini memberi maklumat yang ingin saya cari selama ini n_n
BalasPadamAnonymous
Gembira kerana dapat membantu anda.
BalasPadamterima kasih cikgu ;)
BalasPadammemang berguna untuk pelajar ting4.
tingkatan 4 n 5 lh beb...lbh kurang...
Padamsesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna membantu saya dalam mencari karangan.
BalasPadamerm terbaik...
BalasPadamsaya menyesal sbb tak belajar betol2. saya harap ini dapat menbantu :) terima kasih atas maklumat ini..
BalasPadammemang..:) terbaik ..besok dah exam..
BalasPadamjelas & mudah difahami..
BalasPadamtq................very much!!!
BalasPadamMasyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh ambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat.
BalasPadamAntaranya, meraikan sambutan hari perayaan secara bersama. Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama.
Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.
Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Murid-murid juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain.
Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara.
Kesimpulannya, semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Justeru, perpaduan yang terbentuk perlu dikekalkan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.
In 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1...
BalasPadam