Sabtu, 6 Oktober 2012

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’


Tidak akan  tercapai sesuatu cita-cita itu dengan tidak kuat berusaha. Begitulah maksud peribahasa ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

            Aleef merupakan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia merupakan seorang anak yatim.Ayahnya telah meninggal dunia semasa dia berumur tujuh tahun.Kini, ibunyalah yang menanggung kehidupan mereka tiga beranak.Bertuahlah  ibunya kerana Aleef rajin dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Dialah harapan keluarganya.
            Ketika sembilan bulan sebelum peperiksaan SPM, Aleef telah membuat persiapan lebih awal. Dia senantiasa mengulang kaji pelajaran serta tidak pernah ponteng menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah.Di samping itu, Aleef juga sering mengadakan diskusi secara berkumpulan.
            Walaupun sibuk dengan pelajaran, Aleef tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak. Setiap petang, selepas balik dari sekolah dia akan membantu ibunya di gerai pisang goreng milik ibunya. Aleef sedar bahawa daripada hasil jualan pisang goreng itulah ibunya menyara kehidupan mereka sekeluarga.
            Selain belajar dan menolong ibunya, Aleef selalu berdoa kepada Allah untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Aleef  berkeyakinan bahawa selain mendapat restu daripada ibunya dan rajin mengulang kaji pelajaran,dia patut berdoa agar dikurnai Allah kejayaan.
            Pada hari peperiksaan,Aleef tidak cemas. Segala soalan peperiksaan dijawabnya dengan yakin dan tenang. Aleef tidak sanggup menghampakan harapan ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.
            Setelah empat bulan berlalu, kini keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Aleef berdebar-debar untuk melihat keputusan yang bakal diperolehnya. Aleef amat terkejut kerana belum pun sempat dia sampai ke arah papan kenyataan, beberapa orang rakannya telah mengucapkan tahniah kepadanya.
            Aleef tidak menyangka bahawa dia telah mendapat 10A dalam peperiksaan SPM.
            ”Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaanku ini,”getus Aleef dalam hati.
            Ibu dan adiknya turut berasa gembira atas kejayaan Aleef. Begitulah usaha yang membuahkan kejayaan. Bak kata pepatah,”kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

43 ulasan:

  1. No worry about it

    BalasPadam
  2. ...............

    BalasPadam
  3. nak mintak copy :)

    BalasPadam
  4. nak copy boleh... karangan peribahasa ini menarik... :)

    BalasPadam
  5. erm.. berilah kebenaran.. nak copy ny..

    BalasPadam
  6. pinjam la karangan ni..nanti saya pulang balik..

    BalasPadam
  7. Nak copy ! 10q !

    BalasPadam
  8. nak copy









































    nak copy ! thank u







    BalasPadam
  9. minta kebenaran saya mahu copy. :D

    BalasPadam
  10. minta kebenaran untuk copy

    BalasPadam
  11. mohon copy.. :) k

    BalasPadam
  12. mohon copy???pls

    BalasPadam
  13. nk copy cikgu, bolee??

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Aleef merupakan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia merupakan seorang anak yatim.Ayahnya telah meninggal dunia semasa dia berumur tujuh tahun.Kini, ibunyalah yang menanggung kehidupan mereka tiga beranak.Bertuahlah ibunya kerana Aleef rajin dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Dialah harapan keluarganya.
      Ketika sembilan bulan sebelum peperiksaan SPM, Aleef telah membuat persiapan lebih awal. Dia senantiasa mengulang kaji pelajaran serta tidak pernah ponteng menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah.Di samping itu, Aleef juga sering mengadakan diskusi secara berkumpulan.
      Walaupun sibuk dengan pelajaran, Aleef tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak. Setiap petang, selepas balik dari sekolah dia akan membantu ibunya di gerai pisang goreng milik ibunya. Aleef sedar bahawa daripada hasil jualan pisang goreng itulah ibunya menyara kehidupan mereka sekeluarga.
      Selain belajar dan menolong ibunya, Aleef selalu berdoa kepada Allah untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Aleef berkeyakinan bahawa selain mendapat restu daripada ibunya dan rajin mengulang kaji pelajaran,dia patut berdoa agar dikurnai Allah kejayaan.
      Pada hari peperiksaan,Aleef tidak cemas. Segala soalan peperiksaan dijawabnya dengan yakin dan tenang. Aleef tidak sanggup menghampakan harapan ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.
      Setelah empat bulan berlalu, kini keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Aleef berdebar-debar untuk melihat keputusan yang bakal diperolehnya. Aleef amat terkejut kerana belum pun sempat dia sampai ke arah papan kenyataan, beberapa orang rakannya telah mengucapkan tahniah kepadanya.
      Aleef tidak menyangka bahawa dia telah mendapat 10A dalam peperiksaan SPM.
      ”Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaanku ini,”getus Aleef dalam hati.
      Ibu dan adiknya turut berasa gembira atas kejayaan Aleef. Begitulah usaha yang membuahkan kejayaan. Bak kata pepatah,”kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
      Bahahahah....copy paste :P

      Padam
  15. Nak copy tapi saya akan berubah dengan cara saya ok ?

    BalasPadam
  16. karangan cikgu sangat bagus ...

    BalasPadam
  17. saya mohon copy

    BalasPadam