Khamis, 4 Februari 2010

CONTOH 23-KARANGAN PENDAPAT

TELEFON BIMBIT SUDAH MENJADI KEMESTIAN KEPADA SETIAP GOLONGAN MASYARAKAT. LEBIH-LEBIH LAGI, GOLONGAN REMAJA PADA MASA INI YANG BEGITU GHAIRAH MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG KESAN NEGATIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MEREKA.

Kebelakangan ini, isu penggunaan telefon bimbit merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara yang menimbulkan pertanyaan kepada kita adalah mengapakah telefon bimbit yang sepatutnya digunakan bagi menyenangkan pengguna berubah menjadi suatu barang yang boleh memberikan unsur negatif kepada mereka? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku? Segala persoalan ini kerap kali menerjah minda kita namun penyelesaiannya masih belum ditemui. Adakah kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam membendung isu ini seperti ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling masih tidak mencukupi? Apakah kesan negatif yang akan timbul sekiranya golongan remaja tersebut begitu ghairah menggunakan telefon bimbit?

Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang essei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa batasan. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.

Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada remaja tersebut seperti berhadapan risiko menerima maklumat palsu atau gambar yang mencolok mata. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat sebilangan individu yang gemar menangguk di air keruh untuk kesenangan mereka sendiri. Justeru, remaja tersebut akan berasa seronok tanpa menyedari pada hakikatnya mereka ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tamsilnya, remaja tersebut akan berhabisan wang semata-mata ingin menikmati tawaran-tawaran yang disediakan seperti gambar-gambar lucah yang kerap menerjah dunia moden ini. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas memberikan kesan negatif kepada minda generasi muda hari ini.

Natijahnya, jelaslah bahawa keghairahan muda-mudi masa ini menggunakan telefon bimbit mendatangkan banyak impak negatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pemantauan daripada pihak yang terlibat haruslah segera dilakukan sebelum perkara ini menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menangani isu ini, sudah pasti isu ini akan dapat ditangani dengan mudah. Jelaslah isu penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan terutamanya dalam golongan remaja perlulah diselesaikan bersama-sama dan tidak hanya menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pepatah, berat sama di pikul, ringan sama dijinjing.

Dihasilkan oleh Farah Adibah Karim(3 Anggerik 2009)

87 ulasan:

  1. terima kasih , ini byk membantu saya :)

    BalasPadam
  2. ini dapat membantu saya dalam peperiksaan pertengahan tahun......

    BalasPadam
  3. nak karangan rangsangan tajuk nie please

    BalasPadam
  4. izinkn saya copy karangan anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sukakan karangan yang menpunyai banyak idea ini , terimakasih . bolehkan saya mencopy karangan ini ? untuk membuat rujukan trial spm nanti .

      Padam
    2. ini karangan untuk PMR la.. SPM panjang lagi..

      Padam
  5. terima kasih bolehlahlah siap folio aq............

    BalasPadam
  6. ada bereapa patah perkataan ?

    BalasPadam
  7. terima kasih dowh. wat lah lagi....

    BalasPadam
  8. tah pebenda lah nie tp bolehlah pnjng tu....

    BalasPadam
  9. Terima kasih.
    Atas pertolongan cikgu.

    BalasPadam
  10. tq kerana buat ini karangan tq

    BalasPadam
  11. tq, penutup sngt bgos, sya ska ayt2 itu sngt bgos... good job

    BalasPadam
  12. wah . .
    gud ! !
    soaln ni t kuar tym excel 2 4pmr ! !
    thnx alot !

    BalasPadam
  13. hmmm peribahasa sikit sahaja....
    tapi ok juga karangan ini..
    terima kasih banyak-banyak atas tolongan anda....

    BalasPadam
  14. tak boleh guna kebelakangan ini.... kena guna belakang ini

    BalasPadam
  15. dapat buat karangan selepas baca contoh karangan tersebut..terima kasih kepada siapa yang mengarang.

    BalasPadam
  16. TERDAPAT BEBERAPA KESALAHAN AYAT TETAPI IANYA MEMBANTU SAYA KERANA ADA BEBERAPA AYAT YANG SANGAT BERNAS.TERIMA KASIH

    BalasPadam
  17. mntk izin tuk copy :)

    BalasPadam
  18. Helped me alot .. thanks ! =)

    BalasPadam
  19. brape pth perkataan dowh..

    BalasPadam
  20. salam, izinkan saya ambil sedikit isi karangan ini,:)

    BalasPadam
  21. time kseh byk2..dpt mmbtu dlm pmblajrn"-"

    BalasPadam
  22. izikn sye utk myalinye yep??? untuk rujukn keje rumah..

    BalasPadam
  23. cikgu nak cpy boleh tak

    BalasPadam
  24. minta izin utk copy karangan ni...

    BalasPadam
  25. saya nak copy ni...tolong benarkan saya..:)

    BalasPadam
  26. mintak izin nak copy...tq

    BalasPadam
  27. MINTA IZIN UNTUK COPY KARANGAN INI.

    BalasPadam
  28. minta izin utk copy

    BalasPadam
    Balasan
    1. correction='menjolok mata'pharagraph ke 4 barisan ke 2.......

      Padam
  29. thanks cg..nk copy..

    BalasPadam
  30. thankzz bnyak2 ia banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru saya

    BalasPadam
  31. thank cikgu..boleh copy?hehe

    BalasPadam
  32. boleh opy tak cikgu?...Plsss

    BalasPadam
  33. thanks.... cikgu

    BalasPadam
  34. thanks banyak......kerana karangan ini dapat membantu saya untuk menulis karangan yang baik..thank u very much x100

    BalasPadam
  35. SAYA NAK COPY,MINTA IZIN CG

    BalasPadam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. macam mane nk dapatkan kebenaran nk copy ni..

    BalasPadam
  38. karangan ini sangat bagus dan padat.. boleh tak saya mahu copy karangan ini..

    BalasPadam
  39. sorry.saya nak copy ni.

    BalasPadam
  40. bole tak saya nak copy kerana karangan ini sungguh menarik

    BalasPadam
  41. izinkan saya copy

    BalasPadam
  42. Terima kasih.boleh copy tak

    BalasPadam
  43. Terima kasih.boleh copy tak

    BalasPadam
  44. assalamualaikum..izinkan saya copy karagn ini..sy nk copy kesimpulannya shj..harap diterima....tq

    BalasPadam
  45. assalamualaikum . sye nk copy karangan nih . izinkan please !!

    BalasPadam
  46. assalammualaikum,sye nak mintak kebenaran nak salin karangan ni bleyh x :)

    BalasPadam
  47. bila cikgu nak benarkan saya copy ni -_-,

    BalasPadam
  48. karangan yang sangat baik dan banyak membantu saya....dan saya nak minta izin nak copy

    BalasPadam
  49. boleh saya copy kerana karngan ini cukup membantu jikalau dijadikan suri teladan dalam penulisan karangan saya

    BalasPadam
  50. Boleh saya copy? Terima kasih.

    BalasPadam
  51. boleh tak sya nak copy karangan ini

    BalasPadam
  52. Nak mintak izin copy utk rujukan boleh??

    BalasPadam