Ahad, 11 Julai 2010

CONTOH 29-KARANGAN PENDAPAT

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bekerja dapat ditakrifkan sebagai suatu tugas yang dilakukan atau dijalankan untuk menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu perkara. Antara pekerjaan yang sering menjadi pilihan muda-mudi masa ini ialah doktor, usahawan dan tidak ketinggalan juga dalam kalangan mereka yang memasang impian untuk bergelar seorang guru. Namun, sejak akhir-akhir, terdapat ramai pelajar yang suka bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan seolah-olah menggambarkan mereka tidak sabar untuk meneroka alam pekerjaan dan isu ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak seperti keluarga pelajar itu sendiri. Mahu ataupun tidak, pihak yang berwajib perlulah memikirkan kewajaran tindakan pelajar tersebut dan sekiranya wajar, apakah manfaat yang diperoleh pelajar tersebut?

Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas.

Selain itu, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya semasa cuti persekolahan akan dapat membantu ibu bapa dari segi kewangan. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat segelintir keluarga yang menghadapi masalah kewangan lebih-lebih lagi dalam era yang sering dilanda kegawatan ekonomi ini.Justeru, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada masa cuti persekolahan ini akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa mereka khususnya bagi mereka yang berasal daripada latar belakang keluarga yang susah. Tamsilnya, pelajar yang bekerja akan mendapat upah dan ini akan membantu keluarga pelajar tersebut untuk membuat persiapan kembali ke sekolah seperti membeli kelengkapan persekolahan dan juga membayar yuran tahunan sekolah. Oleh itu, masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah keluarga terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam keluarga yang susah akan dapat dibendung apabila pelajar-pelajar daripada keluarga tersebut memutuskan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan.

Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan .

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan adalah suatu perkara yang mendatangkan banyak manfaat. Dengan demikian, pelajar dapat menanamkan keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan mereka kelak. Sekiranya semua pihak sedar akan kelebihan bekerja sambil belajar ini, sudah pasti negara akan dapat melahirkan anak bangsa yang bersemangat serta bercita-cita tinggi untuk memajukan negara. Jelaslah, bekerja sambil belajar merupakan suatu tindakan yang wajar dilakukan pelajar-pelajar menjelang cuti persekolahan.

Cetusan minda Farah Adibah 2009

58 ulasan:

  1. salam
    saya ingin menjadikan karangan ini karangan c0nt0h
    izinkan sye c0py

    BalasPadam
  2. ley saya copy karangan nie tuk rujukan adik saya?

    BalasPadam
  3. salam ley saya copy x karangan ni

    BalasPadam
  4. salam ..izinkn sy kopi karangan ini.

    BalasPadam
  5. salam...boleh x sye nk copy karangan ni..??

    BalasPadam
  6. 안녕,내가 원하는 건흉내에세이를이를 표시의 친구내 친구,수없는 이유는 무엇입니까?

    BalasPadam
  7. mak.. nak kopi. nak kopi..tak mboh tea. nak kopi gok.

    BalasPadam
  8. izinkan saya untuk copy karangan ini sebagai panduan

    BalasPadam
  9. bleh x sy nk copy??

    BalasPadam
  10. izinkan saya copy

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. As Salam, izin saya copy untuk anak

    BalasPadam
  13. salam, boleh saya copy untuk tujuan pembelajaran?

    BalasPadam
  14. saya nak copy bole.. !!!

    BalasPadam
  15. Nak copy untuk latihan SPM,

    BalasPadam
  16. nk copy...boleh ???

    BalasPadam
  17. sy inginkan kebenaran untuk copy

    BalasPadam
  18. assalamualaikum..mohon izn copy ye..

    BalasPadam
  19. assalam,boleh saya copy?

    BalasPadam
  20. Ramai cakap nak copy. Copy jelah dik oiiii. 😂 .

    BalasPadam
  21. SAYA MAHU BAHAN RUJUKAN NI

    BalasPadam
  22. Adakah 'Persis kata mutiara' digunakan untuk memasukkan peribahasa adalah betul?

    BalasPadam
  23. izinkan saya copy essay tuan, terima kasih

    BalasPadam
  24. izinkan saya copy essay tuan, tq

    BalasPadam
  25. assalamualaikum izinkan saya copy

    BalasPadam
  26. mintak izin copy ,tq

    BalasPadam
  27. izinkan saya copy

    BalasPadam
  28. izinkan sy copy, thnkiu

    BalasPadam
  29. saya nak minta izin copy karangan ini utk contoh

    BalasPadam