Ahad, 18 Julai 2010

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (26)

AMALAN MENABUNG PERLU DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI. BINCANGKAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI AMALAN MENABUNG INI.

PENGEMBANGAN ISI


A1)Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat.
(Apa)

A2)Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung.
(Mengapa)

A3)Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan.
(Kesan)

A4)Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.
(Contoh)

A5)Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.
(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan