Ahad, 25 Julai 2010

CONTOH 30-KARANGAN PENDAPAT

AMALAN MENABUNG PERLU DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI. BINCANGKAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI AMALAN MENABUNG INI.

Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan wang yang dilaksanakan secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama ada semula jadi atau tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada bahan tiruan. Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di Malaysia dan ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak yang telah bertungkus lumus mengadakan pelbagai kempen berkenaan amalan menabung ini. Mahu ataupun tidak, pihak yang terlibat haruslah memerah otak mencari alternatif lain bagi menjadikan amalan menabung ini merupakan suatu perkara yang sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia dan sekiranya penerangan tentang faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung mampu memberikan reaksi positif, mengapa tidak kita melakukannya?

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.

Selain itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi ialah dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka. Tamsilnya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas memberikan masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.

Bukan itu sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil lagi juga akan dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau. Impaknya, individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. Tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan pihak hospital sekiranya salah seorang ahli keluarga penabung berdepan masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya sekaligus dapat memupuk sikap saling membantu dalam ahli keluarga. Oleh itu, amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

Intihanya, jelaslah bahawa amalan menabung perludipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling haruslah sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak muda masa ini dalam usaha membudayakan amalan menabung dalam diri mereka. Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh supaya membudayakan amalan menabung ini akan menjadi seorang individu yang pemurah,berjimat cermat serta seorang pekerja yang amanah terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan menabung ini merupakan suatu amalan yang mendatangkan banyak kebaikan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara.

Hasil nukilan Farah Adibah Karim

51 ulasan:

  1. Bagus juga karangan ini, agak menarik ya.

    BalasPadam
  2. Sangat Menarik !!

    BalasPadam
  3. Orang Yang Menulis Karangan Ini Adalah Murid Ke?

    BalasPadam
  4. best karangan ini

    BalasPadam
  5. nk copy boleh x....tolonglah cye nk pandai jugak

    BalasPadam
  6. nak copy boleh? untuk buat contoh.

    BalasPadam
  7. Nak copy boleh tak ?

    BalasPadam
  8. saya nak copy boleh tak?

    BalasPadam
  9. mohon untuk 'cilok'~ :D terima kasih!
    ~95_Pahang

    BalasPadam
  10. saya nak copy boleh x??
    TQ :)

    BalasPadam
  11. bape pth prkataan ek??

    BalasPadam
  12. berapa patah perkataan eh??

    BalasPadam
  13. nak copy boleh tk?

    BalasPadam
  14. nak salin bolehke

    BalasPadam
  15. saye nak copy, thanks :)

    BalasPadam
  16. kenapa ada lima perenggan sahaja?

    BalasPadam
  17. Sangat menarik sungguh....

    BalasPadam
  18. ana mau copy ya,

    -indo-

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak kite nk c0py bleh x??


      -syida-

      Padam
    2. copy bleh ??

      Padam
  19. bagusnya...sama dengan contoh nilai yang guru beri...suka!!!

    BalasPadam
  20. nak copy,thnx:)

    BalasPadam
  21. nak copy boleh tak??

    BalasPadam
  22. nk copy boleh x untuk ulasan skolah

    BalasPadam
  23. isi 1 baris 6 tu kenapa tiba2 cakap pasal anak pulak?

    BalasPadam
  24. senang je nak copy .. tak yah sesusah .. hehe

    BalasPadam
  25. nk copy boley x?

    BalasPadam
  26. ilmu yang bermanfaat kalau dikongsi dapat menolong tika kita berseorangan sewaktu di dalam kubur

    BalasPadam
  27. nk copy tau

    BalasPadam
  28. nk copy boleh x?

    BalasPadam
  29. nak copy...

    BalasPadam
  30. nak copy boleh x?

    BalasPadam
  31. minta tolong boleh copy tak contoh karangan ni

    BalasPadam
  32. nak copy ^_^

    BalasPadam
  33. nak copy ^_^

    BalasPadam
  34. Tq,,,,isi dalam karangan ini banyak membantu saya

    BalasPadam
  35. saya nak copy boleh

    BalasPadam