Ahad, 8 Ogos 2010

CONTOH 31-KARANGAN PENDAPAT

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini. Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Peperangan sudah semestinya telah meragut banyak nyawa manusia sama ada di pihak yang diserang mahupun yang menyerang. Hal ini demikian kerana peluru tidak mengenal mangsa. Justeru, ramailah mereka yang telah ditembak mati atau dibedil semasa berlaku peperangan .Tamsilnya, mereka yang telah terbunuh tidak mengira usia dan juga jantina.Hal ini jelas menunjukkan betapa peperangan telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.

Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh. Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara. Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ. Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur.Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan.

Seterusnya, peperangan telah menyebabkan kebuluran di negara terbabit. Hal ini demikian kerana kawasan-kawasan pertanian dan kilang-kilang yang memproses makanan telah musnah semasa berlaku peperangan. Justeru, penduduk setempat tidak dapat membeli barang-barang untuk keperluan harian mereka.Tamsilnya, saliran air di kawasan sawah-sawah padi, ladang-ladang, kebun buah-buahan tidak lagi dapat diusahakan kerana mengalami kemusnahan yang teruk.Kebuluran juga akhirnya akan membawa kepada kematian kepada penduduk di kawasan yang terbabit.

Konklusinya,kematian membawa kesan yang amat buruk kepada manusia sejagat. Oleh itu,negara yang terlibat dengan sesuatu konflik hendaklah menyelesaikannya di meja rundingan. Dengan itu,pertumpahan darah akan dapat dielakkan.Kita tidak mahu sebagaimana kata pepatah, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

25 ulasan:

  1. bag0sh laa karangan nie...copy tau.

    BalasPadam
  2. copy buat kerja sekolah

    BalasPadam
  3. nk copy sebagai panduan ye..

    BalasPadam
  4. nk copy bolehh .. fb : ahmad zahir lukman

    BalasPadam
  5. nak copy wat rujukan. terima kasih! Siti

    BalasPadam
  6. Bagos karangan ni..copy sikit untuk buat hm...hehehe..tq

    BalasPadam
  7. Saya nk minta izin untuk copy yer

    BalasPadam