Selasa, 17 Ogos 2010

Soalan KOMSAS Peperiksaan Percubaan PMR Melaka 2010

"Pengajaran bahawa kita hendaklah mementingkan kehidupan bermasyarakat supaya matlamat hidup hidup tercapai".

Huraikan satu contoh peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran di atas dalam novel yang telah anda kaji di Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga.

CONTOH JAWAPAN

Jawapan saya adalah berdasarkan kajian novel Anak Din Biola di Tingkatan Satu, Tragedi Empat Disember di Tingkatan Dua dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan di Tingkatan Tiga.

Antara peristiwa yang dapat dikaitkan dengan pengajaran di atas dalam novel Anak Din Biola ialah peristiwa Budiman berusaha belajar bermain biola dengan Pak Wan Busu agar berjaya menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Usahanya itu tidak sia-sia kerana dia telah memenangi pertandingan tersebut.

Seterusnya, dalam novel Tragedi Empat Disember peristiwa tersebut digambarkan melalui peranan Pak Widodo dan anaknya Antik yang telah berusaha membantu Kamarul Azam pulang ke Malaysia bagi tujuan menghadiri majlis pengebumian ayahnya yang telah terkorban dalam nahas kapal terbang. Hasratnya tertunai kerana dia sempat sampai sebelum ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Akhirnya, dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan telah digambarkan pengajaran tersebut melalui peristiwa Kanang dan anggota pasukannya bermati-matian menentang komunis di Hutan Korbu,Perak agar keselamatan negara terpelihara.Walaupun mereka mendapat kecederaan tetapi semangat berjuang yang tinggi membolehkan mereka mencapai kejayaan dalam pertempuran itu.

4 ulasan:

  1. asmekom.erm saya berminat dengan laman web ni.bleh x buat bnyak lagi soalan untuk pmr

    BalasPadam
  2. saya stuju, boleh tak letak lebih banyak soalan ramalan komsas 2010 di dalam laman web ini??

    BalasPadam
  3. Salam. Setakat ini soalan pengajaran, plot dan juga gaya bahasa tidak pernah keluar dalam PMR. Walau bagaimanapun tumpuan boleh diberi kepada pengajaran dan juga binaan plot.

    BalasPadam
  4. i like this, ,i want more about this

    BalasPadam