Soalan Percubaan PMR Negeri Melaka 2010
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.
Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka. Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka. Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa ialah menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang terbaik pencapaian akademiknya.Hal ini demikian kerana di sinilah terdapat segala kemudahan yang tiada terdapat di sekolah-sekolah harian biasa. Lantaran itu, mereka dapat belajar dalam ruang yang lebih kondusif. Tamsilnya, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan sebagainya. Sememangnya suasana sekolah yang kondusif akan membantu mencemerlangkan pencapaian akademik anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa perlulah memberikan sokongan sama ada dari segi material mahupun kerohanian. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa tidak mementingkan pembelajaran anak-anak mereka. Lantaran itu, anak-anak mereka akan mempunyai motivasi untuk belajar.Sebagai contoh, ibu bapa perlulah membelikan buku-buku rujukan yang perlu dan menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan sekiranya anak-anak mereka memerlukannya. Sokongan daripada ibu bapa amat penting bagi menyuntik semangat ke dalam jiwa anak-anak bagi mencapai kejayaan yang membanggakan.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka.Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka.
Inthanya, ibu bapa perlu jelas akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar mereka tidak hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga cemerlang dari segi akhlaknya. Sememangnya peranan ibu bapa amat penting dalam melaksanakan visi yang mencabar ini.
saya mahu copy karangan ini untuk kerja rumah saya. dari pelajar tingkatan 2
BalasPadamsaya nak minta kebenaran untuk copy karangan ini
BalasPadamsy nak minta izin nak copy karangan nie
BalasPadamsaya minta izin untuk copy karangan ini
BalasPadamizin utk copy
BalasPadamizin copy
BalasPadamsaya minta izin untuk copy yee
BalasPadam