Khamis, 20 Ogos 2009

CONTOH JAWAPAN-KARANGAN RANGSANGAN(PEP.PERCUBAAN PMR 2009 MELAKA)

Huraikan pendapat anda tentang aspek-aspek yang membantu seseorang itu cemerlang.
Lihat gambar di bawah dengan teliti.



JAWAPAN 1

Dalam meniti arus kemodenan ini, rakyat Malaysia perlulah cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan. Terdapat pelbagai aspek yang boleh membantu seseorang itu menjadi cemerlang.

Antara aspek itu ialah kepimpinan. Daya kepimpinan yang cemerlang akan membentuk seseorang itu menjadi pemimpin yang berkaliber serta berdaya saing dalam kehidupan mereka.

Selain itu, akademik seseorang itu juga perlulah cemerlang. Pencapaian akademik yang cemerlang akan membolehkan seseorang itu mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang kerjaya.

Di samping itu, untuk menjadi individu yang cemerlang, mereka juga perlulah cemerlang dalam soal kecergasan diri. Kecergasan fizikal dan mental akan melahirkan individu yang sentiasa sihat dan berfikiran positif.

Jelaslah, terdapat pelbagai aspek yang boleh diambil kira untuk menjadikan seseorang itu cemerlang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengejar kecemerlangan kerana kemajuan sesebuah negara itu bermula daripada rakyatnya.

125 patah perkataan

JAWAPAN 2

Semua orang mengimpikan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Terdapat pelbagai kaifiat yang boleh membantu seseorang itu cemerlang.

Aspek akademik merupakan tunjang ke arah kecemerlangan. Kejayaan dalam bidang akademik akan membolehkan kita berjaya menjawat jawatan yang kita idamkan.

Selain itu, pembentukan sashsiah pula merupakan tunggak utama untuk menuju ke arah kecemerlangan diri. Sahsiah yang terpuji melahirkan individu yang akan dihormati oleh masyarakat di sekelilingnya.

Di samping itu, sifat kepemimpinan juga seharusnya ada dalam diri individu yang inginkan kecemerlangan. Hal ini ibarat kata pujangga ‘selalunya ketua itu juara’.

Akhirnya,aspek yang membantu seseorang itu cemerlang ialah kecergasan. Dalam erti kata lain, kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan kita.

Konklusinya, pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang.Justeru,setiap individu perlulah sentiasa bermuhasabah diri sendiri kerana sesungguhnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.


125 patah perkataan

Hasil penulisan pelajar-pelajar 3 Anggerik 2009

44 ulasan:

  1. punca punca kejadian tanah runtuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faktor yang berpotensi menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.

      Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:

      Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam dan lebih terdedah kepada permukaan luluhawa
      Penarahan bukit dan penebangan pokok hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah
      Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
      Gempa bumi (earthquakes) yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi
      Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasik
      Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
      Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh
      Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan.


      ade lg faktor tentang punca kejadian tanah runtuh iaitu:


      1)faktor faktor alam
      2)jenis dan ketebalan bahan
      3)geomorfologi
      4)pemendakan
      5)pemotongan cerun
      6)faktor faktor manusia
      7)pengubahsuaian cerun


      dan lain lain

      Padam
  2. minta kongsi gambar dan contoh soalan di atas

    BalasPadam
  3. minta kongsi gambar dan contoh soalan di atas

    BalasPadam
  4. kenapa lebih 120?? boleh kew??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh..jgn lebih byk sgt sudah

      Padam
  5. msti lah boleh..tapi untuk habiskan ayt terakhir je...huhu

    BalasPadam
  6. kepentingan hobi ade x??

    BalasPadam
  7. ringkasan punca2 buli n cara mencegah buli x de ke?

    BalasPadam
  8. ade x huraian cara menjadi pengguna yang bijak??

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah! jumpa jugak! trimas!

    BalasPadam
  10. ade x huraian tentang rasuah

    BalasPadam
  11. mmm...ade x contoh karangan rangsangan tentang FAEDAH MENGUTAMAKAN BARANGAN TEMPATAN?

    BalasPadam
  12. boleh tak saya enyalin contoh karangan 1 aspek2 yg membantu seseorang itu cemerlang??

    BalasPadam
  13. cara-cara untuk memupuk minat ke perpustakaan....ada tak???

    BalasPadam
  14. copy n paste gambar boleh x

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm ade x contoh yg berkaitan .. sekolah idaman saya,isyksss saye da buntu nie....

      Padam
  15. selalu cikgu saya baca sampai 120 jer yang lain x!!!!cam ne plk 2???

    BalasPadam
  16. mohon share ya?

    BalasPadam
  17. bukan ke 4 perenggan je ?

    BalasPadam
  18. cara cara penjimatan tenaga

    BalasPadam
  19. hello ... ada x karangan brtajuk kejayaan seseorang pelajar

    BalasPadam
  20. macam mana nak cari jodoh... please !!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. carilah sendiri hang yg nak kawin bkan aq

      Padam
    2. Tah.. Ko nye jdoh cari laa sndiri.. ini krangan bkn nye tmpat nk cri jdoh

      Padam
  21. SYA TKUT..........DH NK PMR DH......

    BalasPadam
  22. buat la karangan best sikit ???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    BalasPadam
  23. tak best langsong karangan mcm bdak kecil.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    BalasPadam
  24. nak copy boleh x?

    BalasPadam
  25. pelbagai jenis hobi masyaraka ade x

    BalasPadam