Isnin, 29 Jun 2009

Analisis Soalan Novel PMR (2002 – 2008)

2002
Berdasarkan novel yang anda kaji, tulis secara ringkas tema dan persoalan yang dikesan daripada novel tersebut.


2003
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak utama yang anda rasakan menarik dalam novel yang anda kaji.


2004
Nilai bekerjasama, bertanggungjawab dan kegigihan.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa bagi setiap nilai yang dinyatakan di atas.


2005
Latar tempat, masa dan masyarakat.
Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas.


2006
Perbandingan watak
Jawapan mestilah berdasarkan satu novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3 iaitu :
i. Panas Salju
ii. Kanang Cerita Seorang Pahlawan
iii. Merdeka! Merdeka!
iv. Ekspedisi
Berdasarkan satu novel di atas, nyatakan tiga perbandingan watak utama dan watak sampingan.

2007
Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap Bantu-membantu dalam kehidupan.
Huraikan empat contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas, iaitu dua peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2 dan dua peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 3.

2008
Berdasarkan satu daripada novel dalam tingkatan 3, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

2 ulasan:

  1. tahniah dan terima kasih atas bahan-bahan yang disediakan- kala memerlukan ianya amat membantu. teruskan usaha murni cikgu insyallah Allah akan permudahkan urusan cikgu kerana cikgu telah banyak memudahkan orang lain. insyallah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih.Insyallah saya akan teruskan usaha saya ini selagi terdaya.

    BalasPadam