Jumaat, 26 Jun 2009

SOALAN MERINGKAS KARANGAN DAN PEMAHAMAN (1)

Bahagian A(i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca berlaku kepupusan haiwan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Hutan Malaysia sangat istimewa kerana mempunyai khazanah flora dan fauna yang pelbagai dan tinggi nilainya. Lebih istimewa lagi, hutan ini adalah antara hutan yang tertua di dunia dan sering menjadi tumpuan. Tidak hairanlah jika terdapat lebih kurang 2000 jenis tumbuhan yang subur dalam satu hektar persegi, manakala haiwan pula lebih kurang 5000 spesies tinggal di situ.

Namun demikian, tumpuan berlebihan yang diberi itu membawa masalah kepada hidupan di hutan Malaysia itu. Banyak laporan telah dibuat tentang pencerobohan hutan serta kerakusan pemburu haram. Haiwan seperti orang hutan, harimau belang dan tapir semakin kurang ditemui. Haiwan-haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan, malah terdapat juga haiwan-haiwan lain yang tidak dilaporkan, sedang diancam masalah kepupusan. Kepupusan ini akhirnya akan merugikan negara.

Beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan, antaranya mewartakan beberapa kawasan sebagai tempat tinggal atau habitat semula jadi haiwan. Taman Negara dapat dijadikan contoh kawasan yang telah diwartakan. Taman ini memberi peluang kepada haiwan liar untuk berkembang biak tanpa sebarang gangguan. Di samping itu, pihak kerajaan telah membina pusat kajian dan zoo sebagai satu alternatif menyelamat dan membantu pembiakan haiwan.

Perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia sejak dahulu lagi merupakan faktor penyebab berlakunya kepupusan haiwan. Apa yang lebih menyedihkan jumlah spesies haiwan yang pupus dari semasa ke semasa semakin mendadak. Jika beberapa ratus tahun dahulu hanya satu atau dua haiwan pupus dalam tempoh tersebut tetapi sejak tahun 1985 kepupusan haiwan sangat ketara. Tidak hairanlah dalam jangka masa sehari satu spesies haiwan akan pupus.

Penebangan hutan yang tidak terancang dan berterusan turut mengganggu tempat tinggal haiwan. Habitat mereka menjadi semakin terhad, manakala makanannya pula semakin berkurangan. Seperkara lagi, aktiviti pemburuan haram turut mengancam kehidupan haiwan. Tujuan pemburu haram melakukan aktiviti pemburuan haram ini adalah untuk memperoleh daging haiwan serta organ-organ haiwan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Bahagian-bahagian tersebut dijadikan barangan perhiasan serta digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Walaupun berbagai-bagai cara telah dibuat oleh kerajaan dan badan-badan sukarela, masalah kepupusan haiwan terus berlaku. Sikap manusia yang mengetepikan rasa belas kasihan terhadap haiwan turut menjadi faktor penyebab.

Kepupusan haiwan bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara tetapi golongan muda turut menjadi mangsa kerana tidak dapat mengenali dengan lebih khusus tentang habitat haiwan serta rupa bentuk haiwan-haiwan tersebut. Bagi mengatasi masalah kepupusan haiwan ini, semua negara mestilah bekerjasama dan duduk semeja untuk mencari serta mengenal pasti cara mengekalkan kehidupan haiwan
ini.

Bahagian A(ii)

1. Apakah maksud frasa satu alternatif yang terdapat dalam petikan
di atas?(2 m)
2. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelamatkan
spesies haiwan daripada terus mengalami kepupusan.(4 m)
3. Berikan pendapat anda cara untuk memberi kesedaran kepada manusia
sejagat tentang kepentingan mempertahankan warisan alam ini daripada
terus mengalami kepupusan.(4 m)

Anda boleh mengirimkan jawapan anda ke damaza06@yahoo.com.my untuk disemak dan mendapatkan jawapan yang betul.

15 ulasan:

  1. A'kum...nak gune karangan bos sebab nak mengajar sains...bleh?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...boleh saya dapatkan salinan soalan ini untuk digunakan sebagai latihan pelajar-pelajar saya?terima kasih.

    BalasPadam
  3. Saya mahu mandapatkan salinan untuk mengulang kaji pelajaran saya sendiri

    BalasPadam
  4. hmm , bagus ade blog camnie kann ??

    BalasPadam
  5. saya baru sahaja mengajar subjek bm di sekolah kerana kekurangan guru bm. bolehkah encik kongsikan bahan2 mengajar di atas beserta jawapannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikgu, saya mahu berkongsi bahan ini dengan cikgu. Trima kasih

      Padam
  6. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.....bolahkah saya dapatkan karangan ini untuk cepat menyiapkan kerja kursus sekolah saya?....Terima kasih.....

    BalasPadam
  7. hahhaha....WTF!

    BalasPadam
  8. saya ppg semester 2, meminta izin untuk menyalin artikel dari blog cikgu.

    BalasPadam
  9. saya mahu salin karangan ini,bleh kan?terima kasih.

    BalasPadam
  10. saya mahu salin karangan ini,boleh kan?terima kasih

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam