Isnin, 17 Ogos 2009

CONTOH 17-KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN

Pada suatu hari minggu, ketika anda dan teman-teman tiba di sekolah untuk bermain bola sepak, tiba-tiba anda melihat suatu kejadian kecurian. Anda segera bertindak untuk menyelamatkan harta benda sekolah. Ceritakan pengalaman yang anda tempuhi itu.

Pada hari Ahad yang lalu, cuaca pada petang itu sungguh sejuk dan nyaman sekali. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk bermain bola sepak di padang sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahku. Aku kemudiannya menelefon kawan-kawanku untuk mendapatkan persetujuan mereka. Kawan-kawanku bersetuju dengan cadanganku dan berjanji akan ke padang sekolah pada jam 5.00 petang.

Aku dan rakan-rakanku tiba di hadapan pintu pagar sekolah tepat jam 5.00 petang. Kami dapati suasana agak sunyi sepi seperti dilanggar geroda.Kelibat pengawal keselamatan juga tidak kelihatan. Kebiasaannya pengawal keselamatan yang bertugas di pondok keselamatan akan menahan mereka yang masuk ke kawasan sekolah.

Sewaktu kami sedang menongkatkan basikal kami di garaj tempat meletak basikal, kami terdengar suatu bunyi yang pelik seperti orang sedang mengumpil sesuatu. Dengan berhati-hati aku dan rakan-rakanku pergi ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejut kami apabila terlihat dua lembaga sedang cuba mengumpil peti sumbangan derma yang berada di dalam surau sekolah kami.

Bukan itu sahaja, terdapat dua lembaga lagi sedang mengangkat peti televisyen dan alat pemain video yang turut berada di dalam surau itu. Aku dan rakan-rakanku mengambil keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan. Aku dan beberapa orang sahabatku akan memantau pergerakan lembaga-lembaga tersebut, manakala beberapa orang yang lain akan pergi mendapatkan bantuan secepat mungkin.

Tiba-tiba salah seorang daripada lembaga tersebut merenung tepat ke arah tempat kami sedang menyorok. Kami berasa ketakutan yang amat sangat memandangkan kemungkinan lembaga-lembaga tadi memiliki senjata yang berbahaya. Melihatkan lembaga-lembaga tersebut bergerak ke arah kami, kami pun terus berlari untuk menyelamatkan diri dari tertangkap. Malangnya sahabat kami Ali, telah terjatuh ketika cuba melarikan diri tadi. Kami tiada pilihan lain selain kembali mendapatkan Ali. Kami bimbang sekiranya kami tidak menyelamatkan Ali, kemungkinan besar dia akan dicederakan oleh lembaga-lembaga tadi.

Berbekalkan semangat dan ilmu persilatan yang kami pelajari di sekolah, kami berjaya menangkis serangan yang bertubi-tubi daripada lembaga-lembaga yang tidak dikenali itu. Semasa kami sedang sibuk mempertahankan diri masing-masing, sahabat kami yang lain telah berjaya mendapatkan bantuan daripada pihak polis yang kebetulan lalu di hadapan sekolah kami. Pihak polis segera melepaskan tembakan amaran yang menyebabkan kami dan juga lembaga-lembaga tersebut terkejut.

Kami segera meletakkan tangan di atas kepala masing-masing begitu juga dengan lembaga-lembaga itu tadi.Pihak polis kemudiannya menggari tangan lembaga-lembaga yang bertopeng itu dengan pantas. Kami kemudiannya telah diminta ke Balai Polis Merlimau untuk membantu siasatan. Tidak kami sangka bahawa kami telah menjadi hero pada hari yang bersejarah itu. Kami juga beryukur kerana tiada sesiapa antara kami yang mengalami kecederaan yang serius. Peristiwa ini pastinya akan sentiasa kami kenang sehingga akhir hayat kami.

400 patah perkataan

82 ulasan:

  1. ada tak karangan keperihalan tentang keadaan di pasaraya menjelang hari raya?

    BalasPadam
  2. ade tk karangan tntang karangan keperihalan/gambaran tntang kemalangan ngeri ??

    BalasPadam
  3. ada tak karangan gambaran tentang acara kejohanan olahraga

    BalasPadam
  4. Boleh salin tk?

    BalasPadam
  5. ade x karangan keperihalan tentang majlis persaraan guru besar

    BalasPadam
  6. ade x krangan gmbran hari raya

    BalasPadam
  7. ada x karangan gambaran suasana majlis rumah terbuka ?

    BalasPadam
  8. ade karangan gambaran suasana majlis rumah terbuka

    BalasPadam
  9. ada tak karangan gambaran tentang hobiya. sa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kot sebb mse tu aq blom bukak

      Padam
  10. blh x buat contoh karangan 'Pengalaman Pergi Ke Pasaraya Bersama Keluarga '

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu saya nak karangan pergi ke pasaraya bersama keluarga

      Padam
  11. blh dak bwat karangan 'mengikut ibu ke pasar malan'

    BalasPadam
  12. blh dak wat karangn tntg percutian d pulau yg indah??

    BalasPadam
  13. How bout karangan pasal kejadian time perkhemahan. hmm tengah blank ni no idea nak start the karangan lah (:

    BalasPadam
  14. ade x karangan lawatan ke rumah orang tua

    BalasPadam
  15. SALAM ..
    ni karangan untuk spm ka ??
    untuk spm punya ada x ??

    BalasPadam
  16. baguslah karangan ni

    BalasPadam
  17. sapa kunjung blog ini sila lawat blog saya utk dapat karangan yg best www.hamster89.com

    BalasPadam
  18. boleh saya salin karangan ini???????

    BalasPadam
  19. boleh saye ambil karangan ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CAN YOU WRITE A GOOD ESSAY WITH THIS " PADA PETANG ITU ,CUACA MENDUNG DAN ANGIN BERTIUP KENCANG .AKU INGIN SEGERA PULANG KE RUMAH SEBELUM HUJAN TURUN .AKU..........."
      MULAKAN KARANGAN ANDA DENGAN ,"AKU........."

      Padam
  20. THANKS ! WISH TO SEE IT SOON !

    BalasPadam
  21. hebt karangan ni

    BalasPadam
  22. Nak satu salinan...Cikgu Maz

    BalasPadam
  23. nk copy boleh ? nk buat keje skolah ..

    BalasPadam
  24. ada x gambaran tntg hari keluarga

    BalasPadam
  25. sangat berguna. saya mohon izin utk menyalinnya ye

    BalasPadam
  26. gambaran tanah runtuh. saya kekurangan idea memandangkan tiada pengalaman ttg kejadian itu.

    BalasPadam
  27. ade rak karangan mengunjungi rumah terbuka

    BalasPadam
  28. ada x karangan keperihaln suasana sambutan hari kanak-kanak

    BalasPadam
  29. boleh saya copy karangan ini??

    BalasPadam
  30. boleh saya copy karangan ini

    BalasPadam
  31. ade x karangan tentang kecurian atau peras ugut di kedai buku???

    BalasPadam
  32. karangan ni susahla.. ingat nak cari contoh..huhuhu..:<

    BalasPadam
  33. maafkan saya bleh x sye nk copy karangan ini

    BalasPadam
  34. izinkan saya untuk menyalin contoh karangan itu ya :)

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Sya X fhm sngt la beza antra gmbaran dngn cereka

    BalasPadam
  37. Sya X fhm sngt la beza antra gmbaran dngn cereka

    BalasPadam
  38. boleh saya copy karangan ini encik?

    BalasPadam
  39. maaf, boleh saya salin karangan ni?

    BalasPadam
  40. assalamualaikum. boleh saya salin karangan ni?

    BalasPadam
  41. nak copy boleh
    terima kasih

    BalasPadam
  42. nak salin karangan, bleh??
    terima kasih

    BalasPadam
  43. assalamualaikum,boleh saya salin karangan ni?

    BalasPadam
  44. xd cnth krgn keperihalaan tentang kebaikan rumah terbuka rakyat malaysia kepada negara

    BalasPadam
  45. izinkan saya menyalin karangan ini..

    BalasPadam
  46. izinkan saya copy karangan ini

    BalasPadam
  47. boleh tak saya copy karangan ni

    BalasPadam
  48. BOLEH SAYA SALIN

    BalasPadam
  49. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  50. Karangan yang tidak berkualiti. Tiada point yang menunjukkan kematangan.

    BalasPadam
  51. izinkan saya copy karangan ini.

    BalasPadam