Isnin, 26 Julai 2010

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang akan menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak menghiraukan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

Lawak Bilik Guru(28)

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(9)

Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini?

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

A1)Berita tentang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja kini sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana di negara kita. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini?
(Isu)

A2)Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?
(Isu yang berkaitan)

A3)Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.
(Ulasan isu)

A4)Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini daripada terus berpanjangan tanpa kesudahan?
(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

(A1)Berita tentang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja kini sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana di negara kita. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini? (Isu) (A2)Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?(Isu yang berkaitan) (A3)Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.(Ulasan isu)(A4)Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini daripada terus berpanjangan tanpa kesudahan?
(Hala tuju)

Ahad, 25 Julai 2010

CONTOH 30-KARANGAN PENDAPAT

AMALAN MENABUNG PERLU DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI. BINCANGKAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI AMALAN MENABUNG INI.

Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan wang yang dilaksanakan secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama ada semula jadi atau tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada bahan tiruan. Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di Malaysia dan ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak yang telah bertungkus lumus mengadakan pelbagai kempen berkenaan amalan menabung ini. Mahu ataupun tidak, pihak yang terlibat haruslah memerah otak mencari alternatif lain bagi menjadikan amalan menabung ini merupakan suatu perkara yang sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia dan sekiranya penerangan tentang faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung mampu memberikan reaksi positif, mengapa tidak kita melakukannya?

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.

Selain itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi ialah dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka. Tamsilnya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas memberikan masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.

Bukan itu sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil lagi juga akan dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau. Impaknya, individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. Tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan pihak hospital sekiranya salah seorang ahli keluarga penabung berdepan masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya sekaligus dapat memupuk sikap saling membantu dalam ahli keluarga. Oleh itu, amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

Intihanya, jelaslah bahawa amalan menabung perludipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling haruslah sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak muda masa ini dalam usaha membudayakan amalan menabung dalam diri mereka. Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh supaya membudayakan amalan menabung ini akan menjadi seorang individu yang pemurah,berjimat cermat serta seorang pekerja yang amanah terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan menabung ini merupakan suatu amalan yang mendatangkan banyak kebaikan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara.

Hasil nukilan Farah Adibah Karim

Ahad, 18 Julai 2010

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (26)

AMALAN MENABUNG PERLU DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI. BINCANGKAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI AMALAN MENABUNG INI.

PENGEMBANGAN ISI


A1)Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat.
(Apa)

A2)Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung.
(Mengapa)

A3)Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan.
(Kesan)

A4)Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.
(Contoh)

A5)Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.
(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.

CONTOH PENUTUP(9)

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU?

A1)Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan adalah suatu perkara yang mendatangkan banyak manfaat.
(Rumusan/Kesimpulan)

A2)Dengan demikian, pelajar dapat menanamkan keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan mereka kelak.
(Cadangan)

A3)Sekiranya semua pihak sedar akan kelebihan bekerja sambil belajar ini, sudah pasti negara akan dapat melahirkan anak bangsa yang bersemangat serta bercita-cita tinggi untuk memajukan negara.
(Harapan)

A4)Jelaslah, bekerja sambil belajar merupakan suatu tindakan yang wajar dilakukan pelajar-pelajar menjelang cuti persekolahan.
(Pendirian)

Ahad, 11 Julai 2010

CONTOH 29-KARANGAN PENDAPAT

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bekerja dapat ditakrifkan sebagai suatu tugas yang dilakukan atau dijalankan untuk menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu perkara. Antara pekerjaan yang sering menjadi pilihan muda-mudi masa ini ialah doktor, usahawan dan tidak ketinggalan juga dalam kalangan mereka yang memasang impian untuk bergelar seorang guru. Namun, sejak akhir-akhir, terdapat ramai pelajar yang suka bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan seolah-olah menggambarkan mereka tidak sabar untuk meneroka alam pekerjaan dan isu ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak seperti keluarga pelajar itu sendiri. Mahu ataupun tidak, pihak yang berwajib perlulah memikirkan kewajaran tindakan pelajar tersebut dan sekiranya wajar, apakah manfaat yang diperoleh pelajar tersebut?

Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas.

Selain itu, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya semasa cuti persekolahan akan dapat membantu ibu bapa dari segi kewangan. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat segelintir keluarga yang menghadapi masalah kewangan lebih-lebih lagi dalam era yang sering dilanda kegawatan ekonomi ini.Justeru, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada masa cuti persekolahan ini akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa mereka khususnya bagi mereka yang berasal daripada latar belakang keluarga yang susah. Tamsilnya, pelajar yang bekerja akan mendapat upah dan ini akan membantu keluarga pelajar tersebut untuk membuat persiapan kembali ke sekolah seperti membeli kelengkapan persekolahan dan juga membayar yuran tahunan sekolah. Oleh itu, masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah keluarga terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam keluarga yang susah akan dapat dibendung apabila pelajar-pelajar daripada keluarga tersebut memutuskan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan.

Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan .

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan adalah suatu perkara yang mendatangkan banyak manfaat. Dengan demikian, pelajar dapat menanamkan keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan mereka kelak. Sekiranya semua pihak sedar akan kelebihan bekerja sambil belajar ini, sudah pasti negara akan dapat melahirkan anak bangsa yang bersemangat serta bercita-cita tinggi untuk memajukan negara. Jelaslah, bekerja sambil belajar merupakan suatu tindakan yang wajar dilakukan pelajar-pelajar menjelang cuti persekolahan.

Cetusan minda Farah Adibah 2009

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (25)

PENGEMBANGAN ISI

A1)Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka.

A2)Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri.

A3)Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain.

A4)Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa.

A5)Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan .

PERENGGAN LENGKAP

Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan .

120 patah perkataan

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (24)

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU?

PENGEMBANGAN ISI

A1)Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

A2)Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja.

A3)Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.

A4)Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan.

A5)Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas.

PERENGGAN LENGKAP

Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas.

130 PATAH PERKATAAN

Sabtu, 3 Julai 2010

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA(8)

Kemiskinan Punca Kebejatan Sosial dan Jenayah Berlaku Dalam Kalangan Remaja. Bincangkan.

A1)Dalam meniti zaman yang bertunjangkan arus pemodenan,acap kali kita terlihat di dada-dada akhbar tentang masalah sosial yang melibatkan para remaja.

A2)Lalu sudah semestinya timbul pelbagai hipotesis dan analogi dalam benak fikiran setiap individu tentang permasalahan ini.

A3)Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan jenayah-jenayah kecil seperti membuli hinggalah kes yang lebih serius seperti mencuri,merogol dan membunuh.

A4)Oleh itu, kita haruslah mengenal pasti punca-punca tersebut agar modus operandi yang efektif dapat diimplementasi dengan responsif.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (23)

Faedah-faedah Menguasai Lebih daripada Satu Bahasa

PENGEMBANGAN ISI

A1)Antara kebaikan menguasai lebih daripada satu bahasa adalah memudahkan seseorang pelajar berkomunikasi dalam masyarakat.

A2)Hal ini tercetus apabila negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sudah tentu bertutur dengan bahasa yang tersendiri.

A3)Lantaran itu,seorang pelajar yang mahir berbangsa Mandarin atau Tamil pasti mudah untuk bergaul dengan rakan yang berbangsa Cina atau India.

A4)Tamsilnya,mereka tiada masalah untuk memahami apa yang dituturkan oleh rakan-rakan mereka yang berlainan kaum.

A5)Sememangnya dengan menguasai bahasa yang berlainan memberi impak yang besar kepada pergaulan seharian para pelajar di negara kita.

PERENGGAN LENGKAP

Antara kebaikan menguasai lebih daripada satu bahasa adalah memudahkan seseorang pelajar berkomunikasi dalam masyarakat.Hal ini tercetus apabila negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sudah tentu bertutur dengan bahasa yang tersendiri.
Lantaran itu,seorang pelajar yang mahir berbangsa Mandarin atau Tamil pasti mudah untuk bergaul dengan rakan yang berbangsa Cina atau India.Tamsilnya,mereka tiada masalah untuk memahami apa yang dituturkan oleh rakan-rakan mereka yang berlainan kaum.Sememangnya dengan menguasai bahasa yang berlainan memberi impak yang besar kepada pergaulan seharian para pelajar di negara kita.

82 PATAH PERKATAAN