Sabtu, 14 Mac 2015

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial (Ulasan)

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial
Kini, gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat di negara kita. Justeru, peranan keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial ini.Salah satu peranan institusi keluarga ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Didikan agama bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat.Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk memantau pergerakan anak-anak. Tamsilnya, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.Seterusnya, kasih sayang yang sempurna amat diperlukan oleh anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.

                                                                                      95 patah perkataan

Merenang Gelora - Persoalan

Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoalan di atas?

Contoh Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah ’Merenang Gelora’ karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membanteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
            Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa Meng Kong.

            Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin untuk mendenda pelajar yang melanggar disiplin sekolah.