Aku dilahirkan
dalam keluarga yang serba sederhana dan sempurna. Aku merupakan anak yang
ketiga dalam keluargaku. Walau bagaimanapun, dalam diam-diam aku amat
mencemburui akan kakakku yang lebih tua dua tahun daripadaku.
Setiap hari aku pasti akan bergaduh
dengan kakakku walaupun disebabkan hal yang tidak seberapa. Aku amat
mencemburui kakakku, Fatin disebabkan kepintarannya dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana aku sering mendapat keputusan yang buruk dalam peperiksaan.
Tambahan pula aku sememangnya malas mengulang kaji pelajaran dan berat mulut
untuk bertanya kepada guru.
Kakakku pula seorang yang rajin belajar dan menjadi murid kesayangan
guru-guru kerana sikapnya yang mesra dengan mereka di sekolah.Ibu bapaku juga
lebih menyayangi dia berbanding dengan aku.Aku berasa begitu tersisih sekali
dengan sikap mereka berdua kepadaku.
Di rumah, apabila tiba waktu membuat sarapan pagi atau makan malam, aku
akan selalu disuruh oleh ibuku untuk menolongnya memasak di dapur. Kakakku
langsung tidak disuruh oleh ibuku dengan alasan dia sentiasa sibuk mengulang
kaji pelajaran di dalam biliknya.Aku sentiasa merungut di dalam hati. Aku
merasakan layanan yang diberi oleh ibu dan ayahku tidak adil.
Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, aku tidak terkejut
apabila mengetahui dia mendapat keputusan 10A berbanding dengan aku yang hanya
mendapat 5A sahaja dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang lalu.Aku
langsung tidak berasa gembira atas kejayaannya.
Beberapa bulan kemudian, kakakku mendapat tawaran belajar dalam jurusan
perubatan di sebuah universiti di Mesir. Kakakku dapat melihat riak mukaku yang
tidak menyukai akan dirinya. Tanpa kusangka, kakakku mengucapkan terima kasih
kepadaku kerana telah membantu ayah dan ibuku menjaga dirinya ketika menjalani
pembedahan beberapa tahun yang lalu.Dia seterusnya memberi kata-kata perangsang
kepadaku untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Aku menitiskan air mata apabila mengetahui yang sebenarnya kakakku amat
menyayangi akan diriku. Aku memohon maaf
kepada kakakku atas sikapku yang mencemburui dan memusuhinya selama ini.
Kakakku juga menyatakan kepadaku supaya jangan mencemburui pencapaiannya kerana
sebenarnya dia juga cemburu akan kerajinanku membantu ibu dan ayahku di rumah
selama ini. Akhirnya, hubungan antara aku dan kakakku semakin erat bak kata
pepatah air dicencang takkan putus.
Hasil nukilan:
Muhammad Adli Haziq 3 Dahlia 2012