karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Sabtu, 6 Oktober 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Calon-calon PMR 2012
Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan tiga di seluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar SMK Dang Anum . Pastikan anda semua sudah bersedia dan mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa dan juga guru-guru.Semoga berjaya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’
Tidak akan tercapai sesuatu cita-cita itu dengan tidak
kuat berusaha. Begitulah maksud peribahasa ‘kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya’.
Aleef merupakan pelajar tingkatan lima
yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia merupakan
seorang anak yatim.Ayahnya telah meninggal dunia semasa dia berumur tujuh
tahun.Kini, ibunyalah yang menanggung kehidupan mereka tiga beranak.Bertuahlah ibunya kerana Aleef rajin dan
bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Dialah harapan keluarganya.
Ketika sembilan bulan sebelum
peperiksaan SPM, Aleef telah membuat persiapan lebih awal. Dia senantiasa
mengulang kaji pelajaran serta tidak pernah ponteng menghadiri kelas-kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah.Di samping itu, Aleef juga sering
mengadakan diskusi secara berkumpulan.
Walaupun sibuk dengan pelajaran,
Aleef tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak. Setiap petang, selepas
balik dari sekolah dia akan membantu ibunya di gerai pisang goreng milik
ibunya. Aleef sedar bahawa daripada hasil jualan pisang goreng itulah ibunya
menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Selain belajar dan menolong ibunya,
Aleef selalu berdoa kepada Allah untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan nanti. Aleef berkeyakinan
bahawa selain mendapat restu daripada ibunya dan rajin mengulang kaji
pelajaran,dia patut berdoa agar dikurnai Allah kejayaan.
Pada hari peperiksaan,Aleef tidak
cemas. Segala soalan peperiksaan dijawabnya dengan yakin dan tenang. Aleef
tidak sanggup menghampakan harapan ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.
Setelah empat bulan berlalu, kini
keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Aleef berdebar-debar untuk melihat
keputusan yang bakal diperolehnya. Aleef amat terkejut kerana belum pun sempat
dia sampai ke arah papan kenyataan, beberapa orang rakannya telah mengucapkan
tahniah kepadanya.
Aleef tidak menyangka bahawa dia
telah mendapat 10A dalam peperiksaan SPM.
”Alhamdullilah, syukur ke hadrat
Ilahi atas kejayaanku ini,”getus Aleef dalam hati.
Ibu dan adiknya turut berasa gembira atas kejayaan
Aleef. Begitulah usaha yang membuahkan kejayaan. Bak kata pepatah,”kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Langkah-langkah yang Boleh diamalkan oleh Seseorang Itu untuk Memiliki Tahap Kesihatan yang Baik.
Kesihatan merujuk
satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti penyakit
kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Kesihatan amat
penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.Kesihatan yang baik
tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Terdapat pelbagai langkah yang boleh
diamalkan oleh seseorang itu untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.
Aspek pemakanan adalah faktor utama yang amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang itu harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memiliki semua zat yang diperlukan oleh seseorang itu.Tamsilnya, seseorang individu itu haruslah mengambil pemakanan yang seimbang dengan merujuk kepada piramid makanan.Oleh itu, pemakanan yang sebegini memberikan tahap kesihatan yang baik.
Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman. Hal ini demikian kerana terdapat orang ramai pada masa ini yang malas untuk bersenam. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeluarkan menerusi peluh. Sebagai contoh orang ramai boleh melakukan senaman secara berkala mengikut peringkat umur dan kesesuaian diri mereka. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten dan tetap.
Dalam pada itu, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Hal ini kerana masyarakat pada masa ini hanya akan pergi ke klinik atau hospital apabila telah menghidap sesuatu penyakit.Pemeriksaan yang kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan yang seimbang. Tamsilannya, orang ramai boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik-klinik kerajaan mahupun swasta bagi mereka yang berkemampuan. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang terutama mereka yang sudah berumur. Penjagaan kesihatan yang berkala ini menjamin kebahagiaan kehidupan seseorang. Walaupun seseorang itu berharta tetapi tidak memiliki tahap kesihatan yang baik, kehidupannya sudah pasti akan sengsara,bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Usaha-usaha untuk Mempopularkan Permainan Tradisional
Permainan tradisional seperti congkak,wau dan gasing telah kita warisi
sejak sekian lama.Namun, permainan ini kian dilupakan oleh generasi
kini.Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mempopularkannya kembali.
Dalam hal ini, pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan perlu memainkan
peranan penting untuk mempopularkannya.Kempen-kempen untuk memperkenalkan
permainan ini kepada orang ramai seharusnya diadakan dengan sekerap mungkin.
Sehubungan dengan itu, media massa juga perlu mempromosikan permainan ini
kepada masyarakat.Tamsilnya, slot berkenaan permainan ini boleh ditayangkan di
kaca televisyen pada setiap hari terutama pada waktu puncak.
Selain itu, permainan ini dapat juga diperkenalkan kepada para pelajar
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.
Oleh hal yang demikian generasi muda dapat mengenali permainan tersebut dan
tahu cara-cara memainkannya.
Konklusinya, permainan tradisional perlu dipopularkan kembali. Hal ini
demikian kerana warisan nenek moyang kita ini amat berharga dan tidak seharusnya
dibiarkan lenyap ditelan zaman.
Faedah-faedah Berkebun
Berkebun
merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita. Pelbagai faedah dapat
kita peroleh melalui aktiviti ini.
Menjimatkan
perbelanjaan harian keluarga merupakan salah satu faedah sekiranya kita
melakukan aktiviti ini. Hal ini demikian kerana kita tidak perlu membeli
keperluan dapur seperti sayur-sayuran sekiranya kita menanamnya di kebun kita.
Selain itu,
hubungan kekeluargaan juga akan semakin erat melalui aktiviti ini. Hal ini
kerana ahli keluarga akan bersama-sama mengusahakan kebun tersebut agar
mengeluarkan hasil yang memuaskan.
Di samping itu,
apabila kita berkebun, tubuh badan kita akan bertambah sihat. Sebagai contoh,
semasa melakukan aktiviti menyangkul tanah, badan kita akan mengeluarkan peluh
yang baik untuk kesihatan kita.
Kesimpulannya,
berbudi kepada tanah tiada ruginya. Justeru, ativiti ini perlu dilakukan oleh
mereka yang mempunyai peluang dan masa untuk melakukannya.
120 patah
perkataan
Keburukan Internet (2)
Internet merupakan suatu teknologi
yang mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Penggunaan internet telah memberi pelbagai kesan negatif kepada
kehidupan manusia.
Kelekaan bermain permainan video ’online’ memberikan kesan negatif kepada para pelajar.Hal ini demikian kerana mereka akan mengabaikan tugasan harian mereka seperti mengulang kaji pelajaran,beriadah dan sebagainya.

Selain itu,masyarakat juga sering menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media ini. Tamsilnya, mereka diumpan dengan e-mel palsu yang akhirnya menyebabkan mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.
Dalam pada itu, internet merupakan tempat tumpuan penggunanya mendapatkan bahan lucah.Dengan ini, pengguna yang masih mentah khususnya akan mudah terpengaruh dengan bahan-bahan tersebut yang akhirnya menyebabkan berlakunya jenayah rogol.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Masyarakat pula perlu lebih pandai memilih bahan dalam internet.
125 patah perkataan
Cara-cara Menghargai Warga Tua
Pada era globalisasi ini, warga tua ialah warga yang patut
dihargai dan dihormati oleh generasi muda. Justeru, terdapat pelbagai cara yang
boleh kita lakukan untuk menghargai mereka.
Sebagai anak,
kita perlulah kerap menziarahi mereka. Dengan ini, mereka akan merasakan diri
mereka masih dihormati dan disayangi oleh anak-anak yang telah mereka didik
dari kecil hingga dewasa.
Selain itu, kita
juga hendaklah menjaga perasaan mereka. Hal ini kerana golongan ini amat
sensitif dengan sebarang tindakan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Dalam pada itu,
anak-anak juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada orang tua
mereka. Oleh itu, mereka dapat membeli keperluan harian mereka tanpa perlu
meminta-minta daripada orang lain.
Seterusnya, kasih
sayang merupakan elemen terpenting dalam mengukuhkan hubungan antara generasi
muda dengan warga tua ini. Tamsilnya,
anak-anak perlu mendekati mereka dengan pendekatan yang berhemah.
Konklusinya, warga
tua perlulah dihargai oleh semua pihak. Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kita
selama ini.
Menyemaikan Sikap Berbudi Bahasa dalam Kalangan Masyarakat
Menyemaikan Sikap Berbudi Bahasa dalam Kalangan
Masyarakat
Sikap berbudi bahasa
merupakan suatu elemen penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni
dan penyayang. Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi menyemaikan
sikap berbudi bahasa dalam kalangan masayarakat.
Kita perlulah
menggunakan bahasa yang bertatasusila. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang
sedemikian akan dapat memberikan imej yang baik kepada penuturnya.
Selain itu, kita seharusnya
mengucapkan salam apabila bertemu dengan sesiapa sahaja sama ada kita
mengenalinya atau tidak. Dengan ini, hubungan silaturahim dapat dieratkan tanpa
mengira bangsa mahupun agama.
Dalam pada itu,
kita juga janganlah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebih
tua daripada kita.Tamsilnya, kita hendaklah bertutur dengan sopan ketika
berbicara dengan ibu bapa kita.
Konklusinya,
jika semua individu mengamalkan sikap yang terpuji ini, sudah tentu misi untuk
melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa akan terlaksana.
Langgan:
Catatan (Atom)