karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Khamis, 28 Jun 2012
Ahad, 24 Jun 2012
Kebaikan Amalan Gotong-royong
Karangan Rangsangan
20 markah
(25 minit)
Contoh Soalan
Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda
tentang kebaikan amalan gotong-royong. Panjang huraian anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Teknik Menulis
Cara menulis pendahuluan
(A1) isu(tajuk)
(A2)
hala tuju(fokus soalan)
Contoh:
(A1)Aktiviti gotong-royong merupakan amalan yang
diwarisi sejak zaman-berzaman.
(A2)Pelbagai faedah dapat diperoleh melalui
aktiviti ini.
Pengembangan Isi
Cara mengembangkan isi
A1) Isi
A2) Huraian -mengapa?
-bagaimana?
-kesan?
-contoh?
Pilih satu sahaja.
Contoh Ayat
A1) Antara faedah bergotong-royong termasuklah memudahkan sesuatu kerja.
A2)Dengan ini,kerja-kerja yang berat dapat disiapkan
dengan lebih mudah dan cepat apabila dilakukan secara bergotong-royong.(Kesan)
A1)Selain itu, melalui aktiviti ini hubungan
silaturahim antara setiap individu yang terlibat dapat dijalinkan.
A2)Hal
ini demikian kerana sambil bekerja,mereka dapat bergurau senda dan mengeratkan
kemesraan. (Bagaimana)
A1) Di samping itu, akvititi gotong-royong juga
dapat menjimatkan kos.
A2)Tamsilnya, setiap individu yang terlibat akan
menyumbangkan wang dan tenaga bagi memastikan aktviti tersebut berjalan dengan
lancar. (Contoh)
Penutup
Cara menulis penutup/kesimpulan
A1)Rumusan
Contoh:
A1)Konklusinya, aktiviti gotong-royong
memberikan banyak faedah kepada pihak-pihak yang terlibat.
A2)Ayat Harapan/Cadangan
A2)Justeru,amalan ini perlu dihidupkan terus
oleh generasi yang seterusnya agar tidak dilupakan begitu sahaja. (Harapan)
A2)Justeru, masyarakat setempat hendaklah
melakukannya seberapa kerap yang mungkin untuk mendapatkan manfaatnya. (Cadangan)
Isnin, 4 Jun 2012
Novel Lestari Bukit Menghijau
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Zahiran
1.Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).
2.Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.
3.Seorang yang baik hati
Dia membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit.
4.Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
5.Seorang yang mencintai alam sekitar – dia sedar manusia mempunyai hubungan yang
rapat dengan alam sekitar.
6.Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok
Dia belajar daripada Pak Tua.
7.Mudah mesra.
Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.
8.Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
9.Bertanggungjawab.
Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung.
10.Rajin berusaha.
Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari namanama
saintifik pokok daripada Pak Tua.
11.Bijak.
Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka
di Londang.Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.
Novel Bukan Duniaku
Watak dan Perwatakan Watak Utama
Halim
a.Halim anak tunggal dalam keluarga.
b.Halim berusia 15 tahun.
c.Halim terlalu mengikut kata hati.
Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
d.Halim mudah terpedaya.
Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
e.Halim rajin bekerja.
Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya.
f.Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.
Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
g.Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
Halim
a.Halim anak tunggal dalam keluarga.
b.Halim berusia 15 tahun.
c.Halim terlalu mengikut kata hati.
Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
d.Halim mudah terpedaya.
Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
e.Halim rajin bekerja.
Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya.
f.Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.
Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
g.Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
TUGASAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 2012
TINGKATAN 3
JAWAB SEMUA SOALAN KOMSAS DI BAWAH DALAM BENTUK
ESEI YANG LENGKAP.
BUAT DALAM
BENTUK FOLIO.
SOALAN
1. Berdasarkan
novel Merenang Gelora,huraikan persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut.
2. Berdasarkan
novel Lestari Bukit Menghijau,huraikan persoalan yang terdapat dalam
novel tersebut.
3. Berdasarkan
novel Bukan Duniaku,huraikan persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut.
4. Berdasarkan
novel Merenang Gelora,huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar
masa, tempat dan masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
5. Berdasarkan
novel Lestari Bukit Menghijau, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap
latar masa, tempat dan masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
6. Berdasarkan
novel Bukan Duniaku,huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar
masa, tempat dan masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
7. Berdasarkan
novel Merenang Gelora,huraikan tiga perwatakan watak utama yang
terdapat dalam novel tersebut.
8. Berdasarkan
novel Lestari Bukit Menghijau,huraikan tiga perwatakan watak utama
yang terdapat dalam novel tersebut.
9. Berdasarkan
novel Bukan Duniaku,huraikan tiga perwatakan watak utama yang
terdapat dalam novel tersebut.
10. Berdasarkan
novel Lestari Bukit Menghijau,huraikan satu contoh peristiwa bagi
setiap nilai yang dinyatakan ini.
NILAI-Kerjasama-Kegigihan-Kasih Sayang
Jumaat, 1 Jun 2012
Novel Bukan Duniaku
Tema
Ketabahan hati seorang
remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket
haram. Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam
perangkap Abang Joe. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai
pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.
Persoalan
1.Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram. Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco-konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Persoalan
1.Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram. Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco-konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
2.Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati.
Halim amat kesal atas
tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan
ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa
musibah kepadanya.
3.Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain demi kepentingan diri.
Abang Joe telah memperdayakan
Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia memukul dan mengugut
mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga petak letak kereta
dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka.
4.Semangat setiakawan yang tinggi.
Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan
Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak
meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
5.Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah.
Fariz bijak
menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim
kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang
sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk
mengintip kegiatan Abang Joe dan konco-konconya.
6.Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah.
Anggota polis yang
diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan
kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.
Novel Lestari Bukit Menghijau
Tema
Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia
sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang
cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya
terbakar.
Persoalan
1. Persoalan cinta akan alam sekitar.
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas
empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok
bintangor.
2. Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan
kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
3. Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah.
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan
projek sekolah lestari.
4. Persoalan mempercayai kepercayaan karut.
Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya,
Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
5. Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden.
Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak
pokok bintangor spesies calophyllum lanigerum.
6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis dan
radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah,
mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.
Langgan:
Catatan (Atom)