Memaparkan catatan dengan label Kartun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kartun. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2009

Kuih raya..


Cikgu teringatkan kawan-kawan di sekolah yang begitu sibuk kebelakangan ini bersempena kedatangan bulan Ramadan ini.Jangan marah ye kawan-kawan.

Selasa, 28 Julai 2009

Pelajar zaman sekarang..


Mengajar peribahasa memang menyeronokkan bagi diri cikgu. Tetapi yang tidak menyeronokkan apabila hal ini berlaku.Apa komen kamu?

Sabtu, 25 Julai 2009

Ponteng


'Ponteng' boleh dikatakan sinonim dengan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini. Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari hal ini sehingga mereka dipanggil oleh pihak sekolah.Kamu bagaimana?

Isnin, 20 Julai 2009

SMS(Telefon bimbit)


Boleh dikatakan kebanyakan pelajar pada masa ini mempunyai telefon bimbit sendiri.Telefon bimbit tersebut menjadi satu keperluan kepada mereka. Mereka tidak boleh hidup tanpanya. Sememangnya perkara ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa. Kamu bagaimana?

Jumaat, 17 Julai 2009

Guru tuisyen


Ada sesetengah pelajar berpendapat guru yang mengajar di pusat tuisyen jauh lebih bagus daripada guru-guru yang mengajar mereka di sekolah.Betul ke pendapat mereka? Mungkin ada kebenarannya. Hendak tahu mengapa? Inilah sebabnya. Guru di sekolah diasak dengan pelbagai tugasan sehingga menjejaskan persediaan mereka untuk berhadapan dengan pelajar.

Selasa, 14 Julai 2009

KERJA GURU


Pekerjaan sebagai guru pada masa ini memang mencabar.Kadang-kadang terpaksa berada di sekolah hingga lewat petang. Ada kalanya sehingga ke malam. Tetapi, hanya seorang guru sahaja yang tahu siapa itu 'guru'.

Ahad, 12 Julai 2009

KOMSAS


Cikgu cukup seronok apabila mengajar KOMSAS. Lebih-lebih lagi apabila mengajar puisi seperti pantun,syair dan sajak. Bagaimana dengan anak murid cikgu?

Rabu, 8 Julai 2009

Salah faham atau kurang dengar?


Kadang-kadang ada sesetengah pelajar yang kurang menumpukan perhatian di dalam kelas semasa cikgu mengajar. Ada juga yang mungkin mengalami masalah pendengaran atau kurang jelas dengan arahan guru. Kamu bagaimana?

Selasa, 7 Julai 2009

KOKURIKULUM


Setiap hari Rabu,kegiatan kokurikulum akan diadakan di sebelah petang di sekolah cikgu. Namun begitu, terdapat sesetengah pelajar yang tidak memahami akan kepentingannya.Lantas,terjadilah perkara sebegini.