karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Isnin, 4 Oktober 2010
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2010
Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar SMK Dang Anum 2010.Semoga berjaya.
Fokus Tema Soalan Karangan PMR 2010
Fokus Tema Soalan Karangan PMR 2010
1. Peranan ibu bapa menangani masalah gejala negatif dalam
kalangan anak-anak.Berikan pendapat anda.
2. Dunia sekarang dilanda dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Bincangkan cara-cara untuk menghalangnya daripada terus merebak
dalam kalangan masyarakat di negara kita ini.
3. Aktiviti kejiranan dalam masyarakat kita hari ini semakin
kurang diamalkan khususnya dalam kalangan masyarakat bandar.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semula
semangat kejiranan dalam era moden kini.
4. Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.Bincangkan
langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.
(Dipetik daripada Blog Cikgu Ghalib)
1. Perpaduan sangat penting untuk memastikan negara kita
sentiasa aman dan harmoni. Bincangkan kenyataan ini.
2. Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan
cara-cara yang perlu kita lakukan untuk membalas jasa guru.
3. Demam denggi semakin merebak di negara kita. Bincangkan
usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani penyakit
ini daripada terus merebak.
4. Kebaikan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara.
(Dipetik daripada Blog Cikgu Tan)
1. Warga tua sering tidak diendahkan oleh golongan remaja.
Huraikan cara yang terbaik untuk mendidik remaja agar
menyayangi warga tua.

CONTOH KARANGAN PENDAPAT(35)
Perpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut.
Di negara kita terdapat banyak perpustakaan yang telah dibina oleh pihak kerajaan untuk kegunaan penduduk di sesuatu kawasan petempatan. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adakah mereka telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Adakah penubuhannya telah mencapai objektif yang dihasratkan oleh pihak kerajaan? Umum semua mengetahui tentang kemerosotan bilangan pengunjung ke perpustakaan awam ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkannya semakin disisihkan oleh mereka?
Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain. Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta.Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber. Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka.
Di samping itu waktu pengoperasian yang terhad membataskan pengunjung untuk mengunjunginya. Hal ini demikian kerana perpustakaan awam ini dibuka pada sebelah siang sahaja.Justeru, sudah tentu mereka tidak berpeluang mengunjunginya disebabkan sedang sibuk bekerja. Sebagai contoh, perpustakaan awam dibuka bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada hari-hari biasa dan ditutup pada hujung minggu.Sudah tiba masanya perpustakaan awam ini dibuka mengikut masa yang lebih fleksibel bagi tujuan menarik lebih ramai pengunjung mengunjunginya.
Dalam pada itu faktor lokasi juga mempengaruhi pengunjung untuk berkunjung ke perpustakaan awam.Hal ini demikian kerana kebanyakan perpustakaan awam terletak di kawasan-kawasan bandar sahaja.Oleh itu, sukar bagi mereka yang tiada kenderaan atau pengangkutan untuk mengunjunginya.Tamsilnya,terdapat perpustakaan awam yang jauh dari jalan utama dan tiada pengangkutan awam yang lalu di sekitar kawasan tersebut.Lokasi sesebuah perpustakaan sememangnya menjadi faktor penarik kepada pengunjung untuk mengunjunginya.
Konklusinya,terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Pihak yang berkenaan sepatutnya sudah mula mempelbagaikan kemudahan yang dapat menarik pengunjung terutamanya dalam era langit terbuka ini. Dengan itu, dapat bersaing dengan lain-lain pusat maklumat yang menawarkan sumber yang lebih terbuka dan pantas. Sesungguhnya perpustakaan awam masih memainkan peranan utama dan tulang belakang negara dalam memberi maklumat kepada masyarakat di negara ini.

Jumaat, 1 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)