karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Selasa, 11 Ogos 2015
Isnin, 4 Mei 2015
Budaya Membaca
Huraikan peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak.
Acap kali kita dengar, slogan Membaca Jambatan Ilmu sering menghiasi di dada-dada akhbar, Internet dan televisyen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan budaya membaca dalam diri anak-anak
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan mengeluarkan modal dengan membeli bahan-bahan bacaan serta membawa anak-anak mereka ke kedai buku sekiranya ada kelapangan. Hal ini demikian kerana remaja dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka. Secara tidak langsung, hal ini dapat menambahkan minat membaca dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah seperti perpustakaan mini atau sudut bacaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya. Dalam konteks ini, remaja dapat membaca dalam keadaan yang lebih kondusif, senyap dan harmoni. Dengan ini, remaja dapat mengisi masa terluang mereka dengan membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka dan menjadikan rumah sebagai pusat atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda yang sihat.
Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan atau swasta akan mengadakan Karnival Buku yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita dan kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga mengunjungi karnival tersebut. Dalam konteks ini, remaja akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran. Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama, secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan.
Konklusinya, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja. Ibu bapa hendaklah menjadi agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara langsung dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan impak yang negatif kepada mereka, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Sabtu, 2 Mei 2015
Sabtu, 14 Mac 2015
Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial (Ulasan)
Peranan
Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial
Kini, gejala sosial yang semakin
meruncing telah menggusarkan masyarakat di negara kita. Justeru, peranan
keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial ini.Salah satu
peranan institusi keluarga ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi. Didikan agama bagaikan perisai yang berupaya
menghalang segala godaan maksiat.Selain itu, ibu bapa juga
bertanggungjawab untuk memantau pergerakan anak-anak. Tamsilnya, ibu bapa
perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di
luar kawasan sekolah.Seterusnya, kasih sayang yang sempurna amat diperlukan
oleh anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan
kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.
95 patah perkataan
Langgan:
Catatan (Atom)