Antara punca kemerosotan disiplin murid ialah pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat. Selain itu, kemerosotan juga terjadi kerana masalah keluarga. Dalam pada itu, sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan.Seterusnya, hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi semakin liar.Di samping itu, pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi kemerosotan disiplin murid.
Akhirnya,kemisikinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah.
(79 jumlah patah perkataan)
karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Sabtu, 25 Ogos 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Drama Cabaran
Latar Masyarakat
i.
Masyarakat kampung
yang tidak mahu berubah.
Contoh: Yahya menyatakan bahawa
penduduk kampung hanya rajin menanam
bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.
ii.
Masyarakat yang mahukan perubahan.
Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus
mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa.
iii.
Masyarakat yang
mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu
menerima perubahan.
iv.
Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan
barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.
v.
Masyarakat yang suka
membazir masa.
Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi
tembok batu dengan membuang masa.
vi.
Masyarakat yang
mempunyai pengetahuan agama.
Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan
agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan
Nabi Muhammad S.A.W.
Drama Cabaran
Teknik
Penceritaan
i.
Imbas Kembali
Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik
Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.
ii.
Dialog
Contoh: Firdaus : Salah kita juga
Ani. Salah aku. Salah engkau.
Hani
: Ani tak mengaku salah, Ani.
iii.
Monolog
Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil
menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang
bawahan.
Watak
dan Perwatakan
Watak Utama
Yahya
i.
Ketua Pemuda Parti dan
suami Mariah.
ii.
Pemuda kampung bersemangat tinggi.
Contoh: Yahya
mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan.
iii.
Berpandangan jauh dan
berpendirian tegas.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen
bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.
iv.
Gigih berusaha.
Contoh: Yahya dan rakan-rakannya
menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.
Watak Sampingan
Firdaus
i.
Berfikiran positif.
Contoh: Firdaus
yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.
ii.
Pemuda yang tetap pendirian.
Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak
menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.
iii.
Bijak berhujah.
Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.
Drama Cabaran (A.Ghafar Ibrahim)
Pemikiran
Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus
dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara
perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela
Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.
Persoalan
i.
Penentangan arus
perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa
tidak mahu mengikut arus perkembangan.
ii.
Kepentingan berpegang
pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman
yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.
iii.
Kepentingan kejujuran
dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang
menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.
iv.
Keperluan perubahan
sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti
Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya
telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.
i
Jumaat, 20 Julai 2012
Salam Ramadan 2012
Selamat berpuasa cikgu tujukan khas kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang beragama Islam. Semoga kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Amin.
Ahad, 15 Julai 2012
Karangan: Jenayah Juvana
Lihat gambar di
bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk membendung jenayah juvana. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Belakangan ini jenayah dalam kalangan remaja menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar arus perdana di negara kita. Pelbagai prakarsa boleh diambil bagi memastikan isu ini tidak bertambah parah.
Undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi mencegah jenayah ini daripada terus berlaku. Dengan ini, remaja akan takut dan berfikir panjang untuk melakukan jenayah tersebut
Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Tamsilnya, mereka boleh menghantar anak-anak remaja mereka ke kelas-kelas agama pada waktu senggang.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu memberikan bimbingan kaunseling kepada mereka yang terlibat dengan jenayah ringan di sekolah. Hal ini bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan jenayah lebih berat pada masa akan datang.
Konklusinya, untuk mengatasi masalah ini memerlukan komitmen daripada semua pihak. Sekiranya semua pihak berganding bahu pasti gejala negatif ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Langgan:
Catatan (Atom)
