Sabtu, 9 Mac 2013

Cuti Persekolahan


Cuti persekolahan merupakan masa yang ditunggu oleh pelajar. Terangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan.

            Cuti persekolahan sememangnya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar di negara kita. Hal ini demikian kerana mereka telah penat memerah otak sepanjang musim persekolahan. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dirancang dan dilakukan bagi memenuhi masa yang terluang.

            Mengulang kaji pelajaran bersama dengan rakan-rakan secara berkumpulan merupakan aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan bagi memenuhi masa lapang tersebut. Tamsilnya, mereka boleh pergi ke perpustakaan awam atau ke tempat-tempat yang sesuai bagi melakukan aktiviti tersebut. Dengan ini, kefahaman mereka tentang sesuatu subjek akan lebih mantap disebabkan perbincangan yang telah mereka lakukan.

            Selain itu, mereka juga boleh bekerja secara sambilan. Lantaran itu, mereka dapat membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh, mereka boleh bekerja di premis-premis makanan, stesen-stesen minyak  dan sebagainya.

            Dalam pada itu, bagi mereka yang terdiri daripada keluarga yang berkemampuan, mereka boleh meminta ibu bapa mereka membawa mereka melancong sama ada di dalam atau di luar negara.Tamsilannya, mereka boleh pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah atau ke kawasan peranginan yang belum pernah mereka kunjungi. Dengan ini, hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat di samping dapat menambah pengalaman baru.Bak kata pepatah jauh berjalan, luas pandangan.

            Di samping itu juga mereka boleh menghadiri kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sebagai contoh, mereka boleh menyertai kem motivasi diri, kem meningkatkan pengetahuan agama, kem ketahanan diri dan sebagainya. Selain mereka memenuhi masa lapang, mereka juga dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.

            Konklusinya, kita mestilah memanfaatkan masa yang terluang pada cuti persekolahan dengan sebaik-baiknya. Pelbagai aktiviti yang dirancang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan ini, masa yang ada tidak disia-siakan begitu sahaja.

46 ulasan:

  1. berape patah perkataan ni ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. boleh saya salin karangan ini????

    BalasPadam
  3. boleh saya salin karangan ni ????????????????/

    BalasPadam
  4. boleh saya salin karangan ini?

    BalasPadam
  5. kau highlight pastu tekan je ctrl+c untuk copy

    BalasPadam
  6. boleh sye wt karangan ni at sekolah sye

    BalasPadam
  7. berapa patah perkataan karangan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya salin karangan ni?????????????????

      Padam
  8. saya nak salin karangan rangsangan ni boleh?? please. saya amat memerlukannya. kerjasama baik anda amat saya hargai. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi anda

    BalasPadam
  9. boleh saya salin karangan ini

    BalasPadam
  10. boleh saya copy atau salin salinan ini?

    BalasPadam
  11. Boleh sy copy karangan ni ? Thankyou .

    BalasPadam
  12. Mana owner karangan ni? Jangan lah kedekut sangat. Dah mintak kebenaran pun still tak bagi ke.

    BalasPadam
  13. dah dapat . hahahaahhaahhaha thanks owner . hahahaahah

    BalasPadam
  14. dh tiru karagan nie bleh??

    BalasPadam
  15. Minta jasa baik tuan atau puan utk membenarkan saya salin karangan ini. Jasa anda amat dihargai

    BalasPadam
  16. boleh sye copy karangan nii ???

    BalasPadam
  17. boleh x saya nk copy karangan ni?

    BalasPadam
  18. assalammualaikum sy copy karangan nie ye ... tq

    BalasPadam
  19. saya nak copy boleh

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. salin jele bodoh

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. boleh saya salin karangan ni

    BalasPadam
  24. boleh tak saya nak copy karangan ni????? :)

    BalasPadam
  25. boleh saya copy???

    BalasPadam
  26. boleh saya salin karangan ini? saya amat memerlukannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh salin tak? terima kasih ya..

      Padam
  27. bolehkah saya salin karangan awak

    BalasPadam
  28. Blh x nak copy?

    BalasPadam
  29. Trima ksih bgi idea utk buat rngka

    BalasPadam
  30. boleh saya karangan ini???

    BalasPadam