Sabtu, 18 Mei 2013

Kasih sayang amat penting dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Sebagai ketua keluarga, jelaskan cara-cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak.


Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada insan yang bergelar ibu atau bapa. Anak memerlukan jagaan dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya agar menjadi anak yang baik dan berguna kepada masyarakat. Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh ibu bapa bagi menzahirkan kasih sayang mereka kepada anak-anak.

Pada pandangan saya, pendekatan yang paling penting untuk menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak adalah dengan memenuhi keperluan perbelanjaan asas anak-anak. Tamsilnya, sebagai seorang bapa mereka perlulah menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak hingga ke peringkat yang paling tinggi dengan mencari nafkah yang halal. Oleh itu, anak-anak akan memahami pengorbanan yang ayah mereka lakukan bagi mencari rezeki untuk membesar dan memberi pendidikan kepada mereka.

Selain itu, sebagai seorang ketua keluarga, mereka juga haruslah memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana didikan agama yang mantap akan menjadi benteng kepada anak-anak daripada terjebak dengan gejala negatif yang tidak diingini pada masa ini.Sebagai contoh, anak-anak perlu dihantar mengikuti pembelajaran di kelas-kelas agama sama ada di sekolah ataupun di masjid-masjid yang berdekatan tempat tinggal mereka.Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Di samping itu, anak-anak juga perlu dibelai dan dimanjakan mengikut situasi yang tertentu. Anak-anak perlu diberikan kata-kata pujian sekiranya melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji. Kata-kata pujian dan sentuhan ikhlas daripada ibu bapa sememangnya menjadi pendorong kepada anak-anak untuk menunjukkan tingkah laku yang baik dan bertata susila apabila bergaul dengan teman-teman mereka.

Dalam pada itu, ganjaran berupa hadiah kepada anak-anak juga merupakan salah satu prakarsa yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Tamsilnya, hadiah boleh diberikan kepada anak-anak semasa menyambut hari kelahiran mereka dan tatkala anak-anak mendapat kejayaan dalam peperiksaan.Justeru, anak-anak akan merasakan diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka.

Konklusinya, ibu bapa perlulah melaksanakan kaedah yang terbaik bagi menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak-anak.Anak-anak perlu dimanjakan tetapi bukan dengan kemewahan yang boleh merosakkannya. Justeru, anak-anak akan sentiasa merindui belaian dan sentuhan mesra daripada kedua-dua ibu bapa mereka walau di manapun mereka berada.

32 ulasan:

  1. MINTA IZIN COPY ARTIKEL INI SEBAGAI RUJUKAN

    BalasPadam
  2. mita izin salin artikel ny..for rujukan..terima kasih

    BalasPadam
  3. minta izin untuk salin artikal ini sebagai rujukan TQ

    BalasPadam
  4. minta izin utk copy artikel ini utk rujukan

    BalasPadam
  5. saya nak copy karangan awak kerana ada sebab,oleh itu saya izin untuk dapat copy karangan awak.

    BalasPadam
  6. terima kasih. saya baca dan ambil isi penting untuk persediaan murid saya menyertai pertandingan NILAM peringkat kebangsaan. TQ

    BalasPadam
  7. saya nk mtk izin copy karangan ni..

    BalasPadam
  8. boleh saya copy karangan nie?sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran bahasa melayu

    BalasPadam
  9. izinkan saya copy untuk rujukan

    BalasPadam
  10. Boleh saya merujuk karangan ini kerana cikgu saya memberitahu saya untuk buat karangan .

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. MOHON COPY UTK BAHAN ANAK..TERIMA KASIH

    BalasPadam
  13. Izinkan saya untuk copy sebagai rujukan.

    BalasPadam