Khamis, 11 Julai 2013

Huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan.

Sejak dahulu lagi manusia memelihara pelbagai jenis haiwan untuk dijadikan haiwan kesayangan. Namun, komitmen yang tinggi perlu bagi memastikan kebajikan haiwan tersebut sentiasa terjaga.

Memberikan makanan yang berkhasiat kepada haiwan peliharaan memberikan kesan yang besar kepada kesihatan haiwan yang dipelihara. Sekiranya pemakanan haiwan tersebut diabaikan, sudah tentu mudah diserang penyakit.

Selain itu, haiwan tersebut perlu diberikan rawatan perubatan yang sempurna. Tamsilnya, pemilik haiwan perlu membawa haiwan mereka ke klinik haiwan secara rutin bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan bukannya membiarkan sahaja haiwan tersebut menanggung kesengsaraan.

Dalam pada itu, pemiliknya juga mesti menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada haiwan tersebut. Sebagai contoh, kandang yang disediakan mestilah bersesuaian dengan saiz haiwan peliharaan mereka.

Akhir sekali, pemilik juga perlu menitikberatkan kebersihan haiwan mereka. Dengan itu, haiwan kesayangan mereka tidak mudah diserang sebarang penyakit yang boleh membawa maut.


Konklusinya, penjagaan haiwan peliharaan sangat penting. Oleh itu, sebelum mengambil keputusan untuk memelihara haiwan kesayangan, pastikan kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan dipikul itu.

22 ulasan:

  1. minta copy semua karangan dalam web ini. nak buat rujukan. terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Saya izinkan tetapi jangan pula digunakan untuk tujuan komersial.

    BalasPadam
  3. saya guna untuk ajar bahagian pemahaman bahasa melayu tahun 4 terima kasih

    BalasPadam
  4. Boleh tak buat ulasan tentang keistimewaan binatang .TQ

    BalasPadam
  5. Nak copy .. :P

    BalasPadam
  6. tolong buat ulasan keistimewaan haiwan boleh?

    BalasPadam
  7. tolong buat ulasan keistimewaan haiwan boleh?

    BalasPadam
  8. minta izin untuk guna bahan tersebut

    BalasPadam
  9. mohon untuk guna bahan tersebut

    BalasPadam
  10. Saya gunakan untuk membuat kerja sekolah

    balas

    BalasPadam
  11. Saya copy untuk membuat kerja sekolah

    BalasPadam
  12. Saya copy untuk dijadikan rujukan and ayat nya terlalu ringkas so saya kembangkan lagi ayat tu untuk jadi lebih gramatis and menarik.maaf��

    BalasPadam
  13. boleh saya menyalin rujukan ini utk digunakan utk karangan saya? please
    terima kasih ya

    BalasPadam
  14. izinkan saya copy karangan ini untuk buat rujukan

    BalasPadam
  15. minta izin untuk guna karangan ini untuk anak didik saya..

    BalasPadam