Ahad, 25 April 2010

CONTOH PENUTUP(5)

Media massa sering mendedahkan kejadian sumbang yang semakin hari semakin kerap berlaku dalam masyarakat kita. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana nampaknya suasana di dalam rumah sendiri tidak dapat menjamin keselamatan. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram.

A1)Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa langkah-langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

A2)Justeru, sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita hendaklah mencegah kegiatan sumbang mahram ini sekiranya berlaku di hadapan mata kita.

A3)Jikalau semua pihak menjalankan kewajipan masing-masing, sudah tentu masalah ini akan dapat dikurangkan.

A4)Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah sumbang mahram yang berlaku di negara kita.

PERENGGAN LENGKAP

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa langkah-langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak.Justeru, sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita hendaklah mencegah kegiatan sumbang mahram ini sekiranya berlaku di hadapan mata kita. Jikalau semua pihak menjalankan kewajipan masing-masing, sudah tentu masalah ini akan dapat dikurangkan. Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah sumbang mahram yang berlaku di negara kita.

CONTOH PENUTUP(4)

Masalah merokok dalam kalangan remaja khususnya melibatkan pelajar sekolah semakin hari semakin meningkat dengan ketara. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus merosakkan tubuh remaja.

A1)Kesimpulannya, langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah merokok dalam kalangan remaja ini.

A2)Dengan demikian, ibu bapa haruslah memberi perhatian yang lebih serius kepada anak-anak mereka.

A3)Sekiranya ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, maka masalah ini dapat diatasi dengan berkesan.

A4)Oleh itu, semua pihak haruslah melaksanakan langkah-langkah yang drastik untuk menghentikan masalah ini daripada terus berlarutan.

PERENGGAN LENGKAP

Kesimpulannya, langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah merokok dalam kalangan remaja ini. Dengan demikian, ibu bapa haruslah memberi perhatian yang lebih serius kepada anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, maka masalah ini dapat diatasi dengan berkesan. Oleh itu, semua pihak haruslah melaksanakan langkah-langkah yang drastik untuk menghentikan masalah ini daripada terus berlarutan.

Khamis, 22 April 2010

CONTOH PENUTUP(3)

Masa amat berharga. Berikan pendapat anda tentang aktiviti yang dapat dilakukan pada masa lapang.

A1)Sebagai kesimpulan, kita perlulah pandai menggunakan masa lapang yang kita ada dengan sebaik mungkin.

A)Pelbagai aktivti dapat dilakukan bersesuaian dengan masa dan tempat kita berada.

A3)Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seharusnya dapat memberikan impak yang positif kepada kehidupan kita.

A4)Sesungguhnya, kita mestilah menghargai masa yang telah dianugerahkan kepada kita kerana masa tidak dapat diundurkan kembali.

PERENGGAN LENGKAP

Sebagai kesimpulan, kita perlulah pandai menggunakan masa lapang yang kita ada dengan sebaik mungkin. Pelbagai aktivti dapat dilakukan bersesuaian dengan masa dan tempat kita berada. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seharusnya dapat memberikan impak yang positif kepada kehidupan kita. Sesungguhnya, kita mestilah menghargai masa yang telah dianugerahkan kepada kita kerana masa tidak dapat diundurkan kembali.

CONTOH PENUTUP(2)

Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah.

A1)Konklusinya, pelbagai punca telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di sekolah.

A2) Masalah ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan masalah ini.

A3) Dengan ini, akan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin sekolah.

A4)Jelaslah bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini dapat ditangani secara bersepadu.

PERENGGAN LENGKAP

Konklusinya, pelbagai punca telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di sekolah. Masalah ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan masalah ini. Dengan ini, akan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin sekolah.Jelaslah bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini dapat ditangani secara bersepadu.

Isnin, 19 April 2010

CONTOH PENDAHULUAN JENIS DEFINISI(7)

Kanak-kanak gemar makan makanan ringan atau ‘junk food’. Nyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi membendung masalah tersebut.

(A1)Makanan ringan dapat ditakrifkan sebagai makanan segera yang tidak mempunyai apa-apa khasiat di dalam kandungannya.

(A2)Makanan ringan menjadi semakin popular apabila wujudnya kiosk makanan segera seperti ‘Mc Donald’, ‘KFC’ dan sebagainya di merata-rata tempat di negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan .

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada kanak-kanak menjadikan makanan ringan ini sebahagian daripada menu harian mereka tanpa mengetahui tentang keburukan makanan tersebut.

(A4)Justeru,pelbagai pihak perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan.

PERENGGAN LENGKAP

Makanan ringan dapat ditakrifkan sebagai makanan segera yang tidak mempunyai apa-apa khasiat di dalam kandungannya. Makanan ringan menjadi semakin popular apabila wujudnya kiosk makanan segera seperti ‘Mc Donald’, ‘KFC’ dan sebagainya di merata-rata tempat di negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada kanak-kanak menjadikan makanan ringan ini sebahagian daripada menu harian mereka tanpa mengetahui tentang keburukan makanan tersebut.
Justeru,pelbagai pihak perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(6)

Kanak-kanak gemar makan makanan ringan atau ‘junk food’. Nyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi membendung masalah tersebut.

A1)Dewasa ini,makanan ringan telah menjadi makanan yang begitu popular dalam kalangan kanak-kanak.

A2)Persoalannya, mengapakah makanan ini begitu popular dalam kalangan mereka?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak begitu menggemarinya berbanding lain-lain jenis makanan yang ada di depan mata mereka?

A3)Semua persoalan ini menghantui semua pihak yang risau akan pola pemakanan kanak-kanak ini.

A4)Apakah langkah-langkah yang berkesan yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan?

PERENGGAN LENGKAP

Dewasa ini,makanan ringan telah menjadi makanan yang begitu popular dalam kalangan kanak-kanak.Persoalannya, mengapakah makanan ini begitu popular dalam kalangan mereka?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak begitu menggemarinya berbanding lain-lain jenis makanan yang ada di depan mata mereka?Semua persoalan ini menghantui semua pihak yang risau akan pola pemakanan kanak-kanak ini.Apakah langkah-langkah yang berkesan yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan?

Rabu, 14 April 2010

CONTOH 27-KARANGAN PENDAPAT

Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet.

Mayapada, manusia tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai kemudahan teknologi komunikasi yang canggih dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan internet merupakan salah satu ciptaan manusia yang telah menjadi suatu kemestian dalam urusan kehidupan kini.Internet telah digunakan oleh jutaan manusia tanpa mengira faktor jantina dan juga usia. Pelbagai faedah yang dapat diperoleh sekiranya kita tahu menggunakan aplikasi ini dengan sebaik-baiknya.

Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.

Selain itu,internet juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain sama ada melalui e-mel ataupun ruang sembang. Hal ini berlaku demikian kerana sebelum ini kita hanya bergantung kepada surat yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke penerimanya atau pun telefon untuk berhubung dengan orang yang jauh dari kita.Dengan ini,kita dapat berutus surat secara elektronik dan bersembang di alam maya dengan suasana yang lebih kondusif dan pantas.Tamsilnya,terdapat pelbagai penyedia platform untuk kita mengutus surat dan bersembang seperti “Yahoo Mesengger” dan “Gmail”.Internet sememangnya telah sedikit sebanyak telah mendominasi penghantaran surat pada hari ini.

Seterusnya,internet juga memudahkan kita untuk mendapatkan hiburan, sama ada lagu ataupun filem dari dalam dan luar negara.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum ini kita hanya bergantung kepada media elektronik seperti televisyen dan radio untuk mendapatkan hiburan.Dengan ini,kita boleh mendengar dan menonton secara ‘online’sesuatu program hiburan yang kita inginkan.Tamsilnya,terdapat pelbagai perisian seperti ‘Ares’ yang membolehkan kita memuat turun sesuatu bahan hiburan dengan hanya menaip di ruangan pencarian yang disediakan.Hal ini jelas menunjukkan betapa internet telah memudahkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai bentuk jenis hiburan dalam sekelip mata sahaja.

Sebagai kesimpulan jelaslah bahawa terdapat banyak faedah yang kita peroleh sekiranya menggunakan kemudahan ini. Dengan demikian,kita hendaklah menguasai teknologi ini dengan sebaik mungkin.Sekiranya kita menguasai teknologi ini, sudah tentu kita tidak akan ketinggalan dalam menguasai ilmu yang semakin berkembang pesat ini.Jelaslah bahawa internet telah membantu kita dalam banyak aspek kehidupan kita pada masa ini.