Isnin, 12 April 2010

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (22)

Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet.

A1)Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.
(Apa)

A2)Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.
(Mengapa)

A3)Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.
(Kesan)

A4)Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.
(Contoh)

A5)Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.
(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP

Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.

2 ulasan: