Ahad, 25 April 2010

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN(7)

Media massa sering mendedahkan kejadian sumbang yang semakin hari semakin kerap berlaku dalam masyarakat kita. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana nampaknya suasana di dalam rumah sendiri tidak dapat menjamin keselamatan. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram.

A1)Media massa seringkali memaparkan kejadian sumbang mahram yang semakin hari semakin kerap terjadi dalam masyarakat kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin berleluasa dalam masyarakat negara kita yang mengamalkan nilai peradaban yang tinggi?

A2)Apakah faktor yang mendorong tercetusnya gejala sumbang mahram dalam era globalisasi ini?

A3)Segala pertanyaan yang menerjah benak fikiran kita ini ini berlegar tanpa hadirnya sebarang jawapan yang kokrit bak kata pujangga seperti menunggu buah yang tak gugur.

A4)Apakah alternatif yang perlu dilakukan bagi menangani gejala ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini?

PERENGGAN LENGKAP

Media massa seringkali memaparkan kejadian sumbang mahram yang semakin hari semakin kerap terjadi dalam masyarakat kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin berleluasa dalam masyarakat negara kita yang mengamalkan nilai peradaban yang tinggi? Apakah faktor yang mendorong tercetusnya gejala sumbang mahram dalam era globalisasi ini? Segala pertanyaan yang menerjah benak fikiran kita ini ini berlegar tanpa hadirnya sebarang jawapan yang kokrit bak kata pujangga“seperti menunggu buah yang tak gugur”.Apakah alternatif yang perlu dilakukan bagi menangani gejala ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan