Aktiviti kejiranan dalam masyarakat kita hari ini semakin kurang
diamalkan khususnya dalam kalangan masyarakat bandar. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semula
semangat kejiranan dalam era moden kini.
Dalam meniti arus modenisasi, semangat kejiranan semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Hal ini berlaku kerana sikap masyarakat yang lebih mementingkan habuan duniawi berbanding meluangkan masa untuk mengenali jiran mereka.Pada kotak fikiran mereka,cukup untuk mereka prihatin terhadap keluarga sendiri tanpa mengendahkan kebajikan jiran mereka.Sikap ini perlu dibasmi daripada terus merebak dan seterusnya menjadi barah yang merebak dalam kalangan orang ramai.Oleh itu,prakarsa yang drastik lagi maslahat harus dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan.
Antara cara yang proaktif untuk memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan bertegur sapa dalam kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, masyarakat kini sibuk bekerja dari waktu ayam berkokok hinggalah menitisnya embun jantan di dinihari.Kita sepatutnya menziarahi jiran tetangga sewaktu mereka sakit dan bertegur sapa jika bersua muka dengan mereka.Sehubungan dengan ini,sikap bagai enau dalam belukar dapat dielakkan daripada menular dalam kalangan masyarakat kita. Justeru, amalan ini seharusnya dibudayakan semula demi kebaikan bersama.
Selain itu,aktiviti gotong-royong patut dilakukan di kawasan perumahan.Hal ini kerana aktiviti ini semakin dipinggirkan lantaran tugas ini telah diambil alih oleh pihak berwajib.Sepatutnya hal ini menjadi tanggungjawab bersama,persis kata pepatah, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.Tamsilnya,aktiviti gotong-royong perdana dan gotong- royong sempena Hari Kebangsaan boleh dilakukan.Dengan ini,persekitaran kawasan perumahan bukan sahaja bersih malah tali silaturahim dapat disemai dalam diri masyarakat kita.Oleh itu,kata pepatah hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dapat direalisasikan.Sekiranya aktiviti gotong royong dilakukan,maka sudah tentu semangat kejiranan dapat dipupuk.
Negara Malaysia merupakan antara salah satu negara yang amat terkenal dengan kepelbagaian sambutan hari perayaan..Oleh itu,wajarlah sambutan hari perayaan diadakan di kawasan perumahan bagi memupuk semangat kejiranan.Hal ini akan menyebabkan orang ramai berkumpul dan mengenali sesama sendiri .Mungkin ada di antara mereka tidak pernah bersua muka sebelum sambutan diadakan.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya,Tahun Baru Cina,dan Deepavali boleh diadakan di balai raya kawasan perumahan.Jika sambutan hari perayaan dilakukan,maka aspirasi negara untuk menjadikannya sebagai satu medium memperkasakan negara akan tercapai.
Secara tuntas,tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan,tiada kusut yang tidak dapat dileraikan. Justeru,masyarakat juga perlu aktif dalam persatuan Rukun Tetangga untuk memupuk semangat kejiranan.Sesungguhnya semangat kejiranan amat penting untuk menjamin kestabilan sesebuah negara.Oleh itu,semua pihak harus menggembleng tenaga untuk melaksanakan prakarsa di atas demi melahirkan mayarakat yang harmoni.
360 patah perkataan
Hasil penulisan Nur Fatin Najwa 3 Cempaka 2008
boleh tak saya gunakannya sebagai karangan pmr bm saya?
BalasPadamboleh tak saye nak guna karangan nie untuk karangan pbsmr bm saya ? nak copy :)
Padamsaya nk karangan punca gotong royong tidak diamalkan
PadamTERIMA KASIHLAH SEBAB BAGI COPY -_-
BalasPadamboleh tak kalau sye nak copy ... tq ..
BalasPadamcopy pls..tq
BalasPadamSaya copy ye, Encik Azam. Terima kasih.
BalasPadambleh x klo sye nk copy utk buat rujukan pt3
BalasPadambleh x sy nk copy buat rujukan
BalasPadamboleh tak saya nak copy untuk karangan contoh saya.
BalasPadamsaya nak copy bagi tugasan karangan 10 contoh karangan yang melebihi 350 patah perkataan. saya hargai kerjasama anda..
BalasPadamizinkan saya untuk copy karangan contoh ini.terima kasih
BalasPadamizinkan saya copy karangan ni untuk rujukan
BalasPadambolehkah saya copy karangan ni
BalasPadamizinkan saya copy
BalasPadamizinkan saya copy
BalasPadamSaya copy ye 😋
BalasPadamsaya copy ehh tq cg
BalasPadamCntik juga no krngn ni...
BalasPadamizinkan saya copy
BalasPadam