Contoh Soalan Pengajaran:
Setiap novel pastinya meninggalkan pengajaran yang berguna buat pembacanya. Jelaskan pengajaran yang dapat anda peroleh daripada novel yang anda kaji.
Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Tragedi Empat Disember.Dalam novel ini pengarang telah menyelitkan pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan panduan hidup. Pangajaran dalam novel ini ialah kita perlulah sayang-menyayangi sesama insan. Hal ini seperti ditonjolkan dalam hubungan Encik Razali dan keluarganya.
Selain itu, kita mestilah sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi yang tidak diduga. Dalam hal ini sikap tenang Kamarul Azam menerima kematian ayahnya wajar dicontohi.
Di samping itu, kita hendaklah memberi bantuan kepada yang memerlukan. Hal ini seperti tindakan yang diambil oleh Pak Widodo dan anaknya Antik yang bertindak menyelamatkan Azam dan Razi yang hanyut di tengah laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan