Selasa, 7 Julai 2009

CONTOH 3-KARANGAN PENDAPAT

Soalan: Dalam arus kemodenan ini, amalan bersopan santun mula terhakis dalam diri generasi muda. Bincangkan cara-cara memupuk nilai sopan santun dalam diri generasi kini.



Dalam meniti arus kemodenan, generasi muda masa ini kurang menghayati nilai sopan santun dalam diri mereka. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah apakah punca yang menyebabkan mereka kurang mengamalkan nilai tersebut? Mengapakah mereka bersikap demikian? Semua persolan ini bagaikan tiada penghujungnya. Bagaimanakah caranya yang dapat membantu memupuk nilai murni ini dengan lebih berkesan?


Antara kaedah untuk memupuk nilai sopan santun dalam diri generasi kini ialah ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan membimbing anak-anak mereka ke arah berbudi bahasa dan bersopan santun sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,Melentur buluh biar dari rebungnya’. Hal ini berlaku demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang terdekat yang dapat diteladani oleh anak-anak dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dengan ini, nilai berbudi bahasa dan bersopan santun dapat diterapkan dalam diri anak-anak sekaligus menjadikan mereka insan yang berperibadi mulia. Tamsilnya, anak-anak ini perlu diasuh menggunakan bahasa yang bersopan ketika bertutur dengan kedua ibu bapa mereka.Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan pihak yang berperanan penting dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.


Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan Bulan Berbudi Bahasa bagi menyemai nilai sopan santun kepada para pelajar. Hal ini berlaku demikian kerana kebanyakan pelajar sekolah tidak lagi mengamalkan nilai kesopanan dalam pergaulan seharian mereka. Dengan mengadakan Bulan Berbudi Bahasa ini, nilai kesopanan pasti dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menayangkan video, mengadakan ceramah dan sebagainya mengenai nilai kesopanan kepada para pelajar bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan nilai kesopanan tersebut. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengarahkan setiap sekolah mengadakan Bulan Berbudi Bahasa ini.


Di samping itu, pemimpin-pemimpin negara kita sendiri perlulah mengamalkan nilai-nilai kesopanan ini dalam pentadbiran negara sekaligus menjadi suri teladan kepada generasi muda ini. Hal ini berlaku demikian kerana golongan belia pada masa ini mudah terpengaruh dengan perilaku seseorang yang terkenal. Dengan ini, secara tidak langsung objektif kerajaan untuk memupuk nilai-nilai murni akan berlaku pada diri remaja tersebut. Sebagai contoh, idola yang sering menjadi tumpuan remaja pada masa ini ialah Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Dato’ Seri Najib. Justeru, pemimpin-pemimpin negara ini perlulah mengamalkan budaya bersopan santun ini agar diteladani oleh rakyat khususnya generasi muda dan disegani oleh pemimpin luar negara.


Sebagai kesimpulan dapatlah dijustifikasikan bahawa kini, amalan sopan santun semakin terhakis dalam diri generasi muda. Dengan demikian, masyarakat juga haruslah menganjurkan aktiviti yang berteraskan amalan bersopan santun dalam aktiviti setempat. Sekiranya amalan ini terus subur berkembang, nescaya generasi muda akan turut sama-sama menghayatinya. Jelaslah di sini bahawa pelbagai alternatif perlu diambil untuk memastikan amalan ini tidak terhakis dalam generasi muda kini, persis kata mutiara,Budi Bahasa Budaya Kita’.


300 patah perkataan


Hasil penulisan pelajar-pelajar 3 Anggerik 2009

38 ulasan:

  1. karangan yang mantap..isinya padat..bagus2

    BalasPadam
  2. karngn yg mntap...isi pdat...good2

    BalasPadam
  3. boleh tahan jga la..best..

    BalasPadam
  4. awesome.........its so good!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. boleh tak kalau saya guna karangan ini untuk latihan kerja sekolah saya ?

    BalasPadam
  6. baik takyah share karangan kalau tak kasi copy paste.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. blh x ambl nie...maw benar jga oo....

    BalasPadam
  9. Karangan yang mantap xP Isi-isinya padat xDD :)

    BalasPadam
  10. tidak menarik...karangan tidak mengikut format ayat topik/ayat huraian/ayat contoh dan ayat penyimpul

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, cikgu bagaimana nak copy ? .

    BalasPadam
  12. Ayat Terbaek Dari Ladang,, Thank...

    BalasPadam
  13. saya nak copy!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  14. mintak copy yer. thanks.

    BalasPadam
  15. nk copy bolehh????

    BalasPadam
  16. Nak minta izin copy boleh ? huuhuh leh ar

    BalasPadam
  17. Nak copy paste lah !!!!!!!!!

    BalasPadam
  18. izinkan saya copy

    BalasPadam
  19. Nak copy... Macam mana nak copy??

    BalasPadam
  20. sangat baik dan saya tahu macam mana mau copy karangan ini

    BalasPadam
  21. saya guna sbg panduan yee..terimaa kasih..

    BalasPadam
  22. Karangan yang sangat shit

    BalasPadam
  23. Hebat..tapi ada beberapa isi yang ketinggalan,

    BalasPadam
  24. 👍👍👍👍

    BalasPadam