Fahami soalan betul-betul
a)Baca satu persatu perkataan dalam soalan
b)Peka pada arahan,maklumat tambahan, bentuk dan pendekatan karangan
c)Letakkan “otak” anda di dalam kepala penggubal soalan
Jangan mulakan dengan pendahuluan
a)Biarkan dulu bahagian ini
b)Kenalpasti apakah kehebatan dan keindahan karangan anda terlebih dahulu
c)Cipta pendahuluan yang “membuka selera” orang lain hendak membacanya
Lakukan perah otak
a)Keluarkan semua idea anda
b)'Bebaskan otak' tanpa sekatan
c)Tulis apa sahaja yang terlintas tanpa perlu ikut susunan
atau logik atas kertas kecil.Satu idea, satu kertas kecil
Susun ikut logik dan aturan
a)Susun idea tadi secara logik dan sequel (ikut aturan)
b)Tentukan idea utama(isi) dan idea sokongan(huraian)
Asingkan isi kandungan dengan membuat perenggan
a)Perenggan membezakan satu idea dengan idea yang lain
b)Pastikan ayat pertama dapat menerangkan idea yang ingin disampaikan
Buat pendahuluan dan penutup
a)Pendahuluan-Memberikan idea awal/menimbulkan persoalan kepada pembaca
b)Penutup-Buat satu rumusan keseluruhan
c)Elakkan penutup yang membuatkan pembaca rasa terkilan
atau tertanya-tanya
Buat semakan dan pembetulan
a)Buat semakan tatabahasa, ejaan, dan kelemahan-kelemahan lain
b)Elakkan ayat-ayat yang terlalu panjang
c)Pastikan karangan itu 'menawan dan mengkagumkan'
d)Tulisan boleh mempengaruhi pemeriksa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan